Sambal Serai Udang



Bahan-bahan

600gm udang
1 batang serai - di titik
2 keping asam gelugor (asam keping)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula

Bahan-bahan yang dikisar

2 biji bawang besar
2 batang serai
10 biji cili kering - boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri

Cara memasak

1. Udang dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan giling. Masukkan serai yang dititik. Kacau hingga berbau wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Jika agak kering bolehlah tambah sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi dan kacau rata-rata. Biarkan kuahnya pekat sebelum diangkat.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Puding Kastad


Bahan-bahan

1 bungkus agar-agar (lebihkurang 35 - 37 gm)
1 1/2 cawan gula
6 cawan air
1 cawan susu
2 keping roti
3 biji telur
5 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla

Cara memasak

1. Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar larut. Masukkan gula dan biarkan mendidih.
2. Roti, telur, susu, tepung kastad dan esen vanilla dimasukkan dalam blender dan blend sehingga roti hancur.
3. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang mendidih tadi. Kacau rata-rata dan tutup api.
4. Masukkan campuran agar-agar itu ke dalam acuan dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam petiais.

Ayam Masak Beriani


Bahan-bahan


1/2 ekor ayam - dipotong kecil
250ml susu cair
2 sudu besar rempah beriani ayam (saya guna brand Shan)
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar - dipotong dadu
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang
sedikit kulit kayu manis

Bahan kisar

1 inci halia
1 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara memasak

1. Serbuk cili, rempah beriani dan rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Kacau rata hingga naik baunya.
3. Masukkan pes campuran tadi dan masak hingga pecah minyak.
4. Tuangkan susu cair dan masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan ayam dan masak hingga kuahnya kering. Kacau sekali sekala.



Kari Daging Tetel


Bahan-bahan

500gm daging - direbus hingga empuk
3 sudu cili giling - boleh tambah jika suka pedas
2 helai daun limau purut
sedikit serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
sedikit minyak
garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas

Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar. Biarkan dan kacau sekali sekala hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili giling, serbuk kunyit dan daun limau purut. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, kacau dan biarkan mendidih.
4. Bila telah mendidih, masukkan daging yang telah direbus tadi. Jika agak kering masukkan sedikit air.
5. Kacau rata dan masak hingga kuahnya agak pekat.
6. Sebelum tutup api, masukkan garam secukupnya.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Masalavadei


Bahan-bahan:

1 cawan kacang dal - direndam sekurang-kurangnya 4 jam
1 biji cili hijau - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris halus
3 biji bawang merah - dihiris halus
1 sudu besar rempah kari daging
sedikit daun kari - dihiris halus
sedikit garam

Cara memasak:

1. Kacang dal yang telah direndam dicuci dan ditoskan airnya. Kemudian ambil 3/4 darinya ditumbuk sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan dan gaul rata-rata.
3. Bentukkan adunan bulat-bulat dan leper sedikit.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan tadi hingga garing dan kekuningan.
4. Masalavadei sedap dimakan ketika masih panas.

Sayur Campur Goreng


Bahan-bahan:

300gm isi ayam (bahagian dada) - dipotong dadu
garam
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
1 biji cili hijau - di potong menyerong
300gm kacang buncis - dipotong satu setengah inci panjang
4 batang jagung muda - dibelah dua

Cara memasak:

1. Isi ayam dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
2 Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3. Bila bawang telah garing, masukkan cili merah dan cili hijau diikuti dengan kacang buncis dan jagung muda. Kacau dan biarkan sebentar.
4. Masukkan isi ayam dan bawang besar. Kacau hingga rata.
5. Tambahkan garam secukup rasa dan bolehlah diangkat dari api.


Note: Boleh tambah pelbagai jenis sayur lain jika suka seperti cauli flower, carrot atau brokoli.



Kalio Ayam


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 batang serai diketuk
3 keping daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu cili giling (boleh ditambah jika suka pedas)
1 cawan santan pekat

Bahan-bahan kisar:

1/2 halia
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm kunyit dikisar

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili giling di dalam periuk.
2. Masukkan ayam .
3. Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak.
4. Masukkan daun limau purut.
5. Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan garam secukup rasa dan masak sehingga santan betul-betul masak dan kuahnya menjadi agak pekat.


Sweet Sour Ikan Tenggiri


Masakan ini sesuai untuk orang-orang yang bekerja kerana ia simple dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyediakannya. Sebelum pergi kerja sebelah pagi, keluarkan ikan dari freezer dan letak di dalam fridge. Sebaik saja pulang dari kerja, keluarkan ikan dari fridge dan rendam sekejap di dalam air. By the time kita salin baju dan solat 'asar, ikan tersebut telah ready untuk dimasak.

Bahan-bahannya

6 ketul ikan tenggiri
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 biji capsicum (cili besar) - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - di potong bulat
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila bawang telah garing, masukkan cili giling, sos cili dan sos tomato. Kacau sampai naik bau. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan ikan diikuti dengan capsicum. Kacau rata-rata.
5. Masukkan bawang besar dan kacau sebentar.
6. Akhir sekali masukkan sedikit garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

*Masakan ini menjadi kegemaran anak perempuan saya.



Yum-yum Blog Award





First time dapat award. Award ni dari AlongRoz. Thanks Along. Tak sangka ada orang nak bagi hadiah. Bil, Kasih dan saya memang minat memasak. Saya create blog "My Favourite Recipes" tujuannya untuk menyimpan resepi yang yummy yang pernah saya cuba dan juga menyimpan resepi keluarga turun temurun. Nanti anak cucu boleh jadikan blog ni sebagai rujukan, hehehe.. Then bila saya bertemu Bil dan Kasih yang mempunyai minat yang sama, saya suggest kami berkongsi resepi kegemaran masing-masing. So saya invite diorang berdua jadi co author blog ini supaya resepi kami boleh dikongsi bukan saja oleh kami bertiga tapi juga oleh orang lain. Kepada sesiapa yang berminat, boleh copy dan cuba mana-mana resepi yang terdapat dalam blog ini, free of charge..hehehe..



Saya akui..asalnya saya memang tidak pandai memasak. Ketika kawin dengan suami, saya hanya pandai masak nasi putih, goreng telur dan buat sambal belacan aje. Kawin ketika sedang belajar jadi tak sempat belajar memasak dengan mak.. sibuk dengan buku aje..hiks..hiks. Allah bagi cabaran pada saya.. DIA jodohkan saya dengan lelaki yang "pandai makan". Mahu tidak mahu, saya terpaksalah belajar memasak. Ketika we all sama-sama belajar di luar negeri, saya belajar memasak melalui buku resepi..kadang-kadang jadi sedap..kadang-kadang tidak. Bila balik ke Malaysia, saya belajar memasak dari allahyarhamah ibu mertua saya dan juga ibu sendiri. Terimakasih kepada kedua-dua mak saya kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga menurunkan resepi-resepi mereka kepada saya. Bermula dari situlah, saya mula minat memasak. Suami yang pandai makan jadi motivasi kepada saya...sekarang ni anak-anak pulak. Tapi mungkin juga disebabkan oleh darah allahyarham ayah yang mengalir dalam diri saya ini. Ayah saya seorang "tukang masak" ketika hayatnya tapi bukanlah "chef yang terkenal" macam chef Wan. Kalau di kampung ada kenduri kendara, ayah sayalah yang selalu menjadi ketua tukang masak. Semua resepinya disimpan dalam satu buku, tapi sayang seribu kali sayang..buku resepi tu hilang entah ke mana selepas dia meninggal dunia. Saya masih di sekolah rendah waktu itu. Puas dicari tapi tak jumpa. Alhamdulillah mak masih ada..so boleh lah tanya-tanyakan resepi pada mak. Mak pun tak ingat sangat resepi yang ayah selalu masak. Lagipun orang dulu-dulu memasak, tak ada sukatan tertentu macam kita sekarang. Diorang main campak-campak aje..hehehe..



Begitulah sedikit sebanyak cerita pasal saya dan memasak. Kita tunggu Bil dan Kasih punya cerita pulak. Sure diorang pun ada cerita tersendiri..

Kuzi Ayam Nik



Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 14 keping
3 paket rempah kuzi
20 biji bawang merah } A
2 biji bawang besar putih } A
1 sudu besar kicap manis
2 hingga 3 cubit saffron } B
3 ulas bawang putih } B
1 inci halia } B
Hati dan pedal ayam dipotong dadu
1/2 tin susu cair
2/3 botol sos tomato
Sedikit kismis,badam dan gajus
1 cawan minyak sapi
Minyak biasa untuk mengoreng ayam


Cara-cara:

1)Tumbuk bahan-bahan B dan lumur pada ayam dgn sesudu besar kicap manis
2)Bahan A digoreng asing2,angkat dan mesin separuh hancur.Boleh juga digantikan dgn bawang goreng yg siap dijual di kedai.Boleh dimesin separuh dan diramas separuh.Ketepikan.
3)Goreng ayam tadi dgn minyak yg dicampaur sedikit minyak api hingga tiga suku masak yg agak keemasan.
4)Goreng pedal dan hati ayam tadi yg telah siap digaul garam dan lada hitam.Angkat dan ketepikan.
5)Dalam minyak lain,gorengkan kismis hingga gelembong dan asingkan.Kemudian goreng gajus dan badam.Angkat.
6)Bancuh rempah dgn air.
7)Dalam periuk lain panaskan minyak sapi dan tumiskan rempah tadi hingga bangkit bau.
8)Masukkan air dalam 11/2 gelas dan kacau rata.Masukkan tomato sos bersama susu dan bawang yg telahpun digoreng.Kacau rata dan masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi. Campur sedikit air asam jawa serta garam secukup rasa.Kacau perlahan2.Jika suka kuahnya agak cair boleh ditambahkan air lebih sedikit.
9)Bila kuah hampir mendidih masukkan hati dan pedal yg digoreng tadi dan juga kismis dan badam serta gajus.Hendaklah dikacau selalu tapi perlahan agar ayam tidak melekat di periuk.
10)Bila sudah berpalut dan mendidih padamkan api.


Note: Kuzi juga sedap digantikan dgn daging kambing.Jika gunakan daging kambing hendaklah dipotong kepingan yg besar2.Direbus hingga empuk dulu dgn sedikit garam,halia dan bawang putih.Masakan ini sedap dimakan dgn nasi beriani,nasi minyak dan juga dicicah roti.


Yesterday's Menu

Finally I had a chance to try on Sambal Goreng Paru posted by Kasih. It’s really tasty even though it didn’t look the same physically. Every person has different style of cooking, right? The appearance doesn’t matter as long as it’s SODAP (that’s what Kasih said..hehehe).. Kasih…thank you very much for sharing the recipe with me.. I tell you…it’s really delicious.


Paru..boiled to 3/4 cooked, diced and fried.


Red chillies, onions, garlics and lemon grass... sliced to small pieces and fried


Dried chillies, cashew nuts and belacan..blended together


Here's the result... SAMBAL GORENG PARU

SAMBAL GORENG PARU...Kasih's version


Yesterday we had sambal goreng paru with this sup sayur campur and plain rice. It's so yummy!!!


Sup Makaroni

Hari masak sup makaroni aje sebab dah jemu makan nasi tiap-tiap hari. Berselera nampaknya anak-anak makan. Lagipun sup ni mudah aje nak masak..tak perlu lelama kat dapur. Resepi ni asalnya dari arwah ibu mertua saya tapi saya dah modify sikit tapi rasanya tetap yummy. Husband saya pun suka sup makaroni ni. Waktu dia tinggal di Melbourne dulu, selalu jugak dia masak sup ni sebab mudah dan simple tapi kalau dia masak, sure dia letak cili giling banyak-banyak sebab dia suka pedas. Saya letak sikit aje sebab saya dan anak-anak tak berapa tahan pedas..


Bahan-bahan

500 gm makaroni
300 gm daging atau isi ayam (kalau nak letak udang pun boleh)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu rempah sup
1 cawan tomato soup
1 sudu besar cili giling
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit halia
sedikit lada hitam
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

Cara memasak

1. Rebus makaroni hingga lembut kemudian toskan.
2. Daging dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
3. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris halus-halus.
4. Kentang dan karot dipotong dadu (kecil-kecil)
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
6. Bila bawang telah garing, masukkan cili giling dan tomato soup. Biarkan sekejap hingga pecah minyak.
7. Masukkan rempah soup dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
8. Masukkan kentang dan karot dan tambah air seperti buat sup biasa. Biarkan mendidih atau sehingga kentang empuk.
9. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api.
10. Masukkan sedikit makaroni ke dalam mangkuk dan bubuh kuah soup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap dimakan panas-panas.