If you think well, you cook well...

Roti



Bahan-bahan:

250 gm tepung roti ( tepung gandum berprotein tinggi)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
1 egg
30 gm mentega
160 ml air

Cara membuat:

1. Campur semua bahan kering (tepung, susu, gula, yis dan garam) dan gaul rata-rata.
2. Masukkan telur dan mentega. Gaul lagi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh jadi sebati, lembut dan tidak melekat di tangan.
4. Ketepikan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda. Jangan lupa tutup bekas dengan kain.
5, Setelah doh kembang, bolehlah dibentuk bulat-bulat dan letakkan di atas loyang yang telah disapu dengan mentega.
6. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 190^C selama 10 minit.

Note:

1. Dari doh di atas, kita boleh pelbagaikan roti seperti kita boleh buat roti bawang putih, roti berinti daging/ayam pedas, roti berinti kacang merah, roti bersosej dan sebagainya.

2. Untuk membuat roti wholemeal, campuran 200 gm tepung roti dan 50 gm tepung wholemeal diperlukan untuk menggantikan 250 gm tepung roti.

*Resepi dari Linda. Thank you!!!!



Share:

Belajar buat roti...

Dah lama sangat teringin nak belajar buat roti... dah cuba banyak kali buat sebenarnya ikut resepi tapi alahai tak pernah jadi. Alhamdulillah peluang datang bila Linda volunter nak ajar. Best kan dapat kawan yang tak kedekut ilmu. So we all set time, date and venue...

Date: 21 April 2008 (Monday 10am)
Venue: Mak Wan's house
Chef: Linda
Students: 6 people

Tepat pukul 10am, kelas belajar buat roti pun bermula.. Tak sangka pulak rupanya senang aje nak buat roti. Main campak-campak aje. Selama ini saya ingat susah benar lah sebab dah banyak kali buat tapi tak pernah jadi.. Kelas berjalan dengan baik dan hasilnya pun alhamdulillah menjadi. Terimakasih pada Linda yang sudi berkongsi ilmu.. Dia pergi belajar buat roti berbayar tapi bila ajar saya dan yang lain-lain, free of charge.. Semoga Allah membalas budi baik Linda dengan pahala yang berganda...

Gambar-gambar yang sempat diambil ketika dalam kelas..

Linda is showing us the steps of bread making

Linda (our chef) and Datin

mix together the dried ingredients plus butter and egg

gradually add water

garlic buns


bread with sausages


Wholemeal buns, normal buns and bread with sausages


Note: The full recipe of bread will be posted soon. Stay tune!!!!!!



Share:

Karipap




Bahan untuk kulit


6 oz mentega (dicairkan
4 cawan tepung
3/4 cawan air
sedikit garam (dicampurkan ke dalam air)

Bahan untuk inti

5 biji kentang (saiz besar)
1 batang karot (saiz sederhana)
1 biji besar (saiz besar)
100 gm daging/isi ayam
sedikit daun sup
4 sudu makan serbuk kari daging (boleh tambah jika suka pedas)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat kulit

1. Gaul dan ramas tepung dan mentega cair sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga sebati menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
4. Canaikan doh tersebut sehingga menjadi agak nipis kemudian bubuh inti, tangkupkan dan kelimkan untuk mencantumkannya.
5. Gorengkan dalam minyak yang banyak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga karipap menjadi kekuningan.

Cara membuat inti

1. Kentang dan karot dibuang kulit dan dipotong dadu kecil-kecil serta dibersihkan.
2. Bawang dibuang kulit dan dipotong dadu.
3. Daun sup dipotong halus.
4. Daging/isi ayam dipotong kecil-kecil.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang besar.
6. Bila bawang telah garing, masukkan serbuk kari daging dan masukkan sedikit air.
7. Masukkan daging/isi ayam dan biarkan sekejap.
8. Kemudian masukkan kentang dan karot dan masukkan sedikit air lagi.
9. Biarkan sehingga kentang empuk dan kering airnya.
10. Masukkan garam dan lada hitam. Kacau rata.
11. Tutup api dan masukkan daun sup. Kacau rata-rata.
12. Sejukkan inti sebelum masukkan ke dalam kulit.

*Resepi kulit karipap dari Bil. Thank you, Bil!



Share:

Apam Soda




Bahan-bahan

* 3 cawan self-raising flour
* 3 biji telur
* 1 1/2 cawan gula
* 3 suku cawan air aiskrim soda(nak guna Sprite dengan 7Up pun boleh jugak)
* 1 sudu teh esen ros
* Berberapa titisan perwarna merah
* Berberapa titisan perwarna kuning
* Berberapa titisan perwarna hijau

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula hingga kembang/ringan.
2. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sekata.
3. Masukkan air aiskrim soda dan esen ros. Gaulkan sebati.
4. Bahagikan adunan tadi kepada tiga bahagian dan masukkan perwarna yang anda suka.
5. Masukkan adunan selang-seli ikut warna kedalam acuan.(Jangan penuh sangat)
6. Letakkan dalam pengukus yang sudah dipanaskan dan kukuslah selama 15 minit.
7. Setelah sejuk, keluarkan dari acuan dan jika suka boleh dimakan dengan kelapa parut.


*Original recipe at myresepi.com



Share: