Laksa Penang

Photobucket


Bahan-bahan

1 bungkus laksa (500gm)
1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
2 biji bawang besar - dikupas
5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
2 batang bunga kantan - dibelah enam
2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
5 keping asam gelugor
sedikit belacan
garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan

timun - dihiris halus
cili merah - dipotong
bawang besar - dipotong bulat
daun salad - dipotong halus

Cara memasak

1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Ikan kembung direbus dalam sedikit air hingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar.
3. Bawang besar, cili giling dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih.
7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi.
8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


7 comments:

Suzi said...

thanx tirana...akhir keluar juga resepi laksa penang tirana ni hihihi....

Tirana said...

hehehe...sorry la lambat sungguh nak masukkan..dah sampai 3 kali buat, baru boleh masukkan resepi di blog ni..

mamakakak said...

suka betul la sy laksa penang nih..tp kan kalau sy buat sendiri naper tak sesedap orang lain buat yek..

PeminatJutawanMalaysia said...

sedapnye laksa penang
http://peminatjutawan.blogspot.com/

arryani said...

Laaaaaa, mcm tu jek masak dia. Baru saya tahu....Lepas ni nak masak lah. Saya suka sangat laksa penang ni.

TQ Tirana...

StingRay said...

ok...aku ngaku kalah tgk laksa ni..peberet aku nih....


kuah mau pekatttt

sakurasa 2 said...

besttttnya laksa