Sayur Lemak Cekur Manis


Bahan-bahan

1 ikat cekur manis - diasingkan dari tangkainya
3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris melintang
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
sedikit udang - dibuang kulit dan dicuci bersih-bersih
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Masukkan ubi keledek, udang, bawang merah, bawang putih dan cili merah ke dalam periuk dan tambahkan santan cair. Jerang di atas api sehingga ubi keledek empuk.
2. Apabila ubi telah empuk, masukkan cekur manis diikuti dengan santan pekat. Biarkan mendidih.
3. Sebelum tutup api, tambah garam secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

3 comments:

amieysa@yahoo.com.my (Amieysa Fidaiy) said...

Wah Tirana, nampak masakannya 'simple' tapi sedap. Saya suka daun herba cekur (Kaempferia Galanga) nih.

Tirana said...

Amieysa, sayur lemak cekur manis ni memang kegemaran saya. Resepi ni dari my mother.

Anonymous said...

cekur manis ni bukan dari family cekur yang biasa tu...(galaga) tapi daun manis a.k.a. cekur manis, sweet bush atau nama scientificnya Sauropus androgynus (Euphorbiaceae) Sweet Leaf :)

kalau dimasak daun cekur tu... ahak... entah apa rasanya nanti... tak tau kot ada orang buat masak sayur putih daun cekur tu... :)


tuan umah... izinkan saya cedok resepi dan paste kat ganbo daun cekur manis saya yer! TQ.