If you think well, you cook well...

Sambal Kuning Tenggiri


Bahan-bahan


6 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaul garam kunyit
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
sedikit kunyit hidup

Note: Jika suka pedas boleh tambah cili padi

Cara memasak

1. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
3. Tambahkan air asam jawa. Masak sehingga agak pekat.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan masak hingga kuahnya agak kering.




Share:

2 comments:

ecah said...

OMG...i'm soooo into this tumeric thing!!suke beb..mesti sedap ni..

Tirana said...

Cuba dik jangan tak cuba..best ni..mudah aje nak masak.. Kak tirana punya resepi kebanyakannya simple aje..guna bahan2 yang biasa...