Ayam Percik


Bahan-bahan


1 ekor ayam - dipotong lapan
50ml air asam jawa
20gm gula merah
1 liter santan
2 suduk makan tepung jagung - dibancuh dengan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan A - dikisar sekali

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
sedikit garam

Bahan-bahan B - dikisar sekali

10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
20gm belacan
sedikit lada hitam

Cara memasak

1. Perap ayam seketika dengan bahan A. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga pecah minyak dan naik baunya.
3. Tuangkan santan dan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
4. Masukkan gula merah, garam dan air asam jawa. Kacau rata.
5. Masukkan ayam seketika dan terus angkat.
6. Sediakan ayam di dalam loyang pembakar. Taburkan dengan lada hitam dan bakar pada suhu sederhana sehingga ayam masak.



3 comments:

iu @ wid.ayu said...

salam ziarah.. sedapnya ayam percik..hehehe.. tya ..gamba kat header tu gamba sendiri ke..? takut tgok gamba kaler pink2 ni..hehehe..

iu @ wid.ayu said...

maksud sy..gamba daging kaler pink2..nice blog.. :) teruskan usaha... sy lompat drp umah kak kin.. ehehe

Tirana said...

Salam...gambar tu datang sekali dengan template..ingat nak tukar template..tapi tak ada masa lagi.. dah jemu pulak dengan template lama ni..