If you think well, you cook well...

Ayam Percik


Bahan-bahan


1 ekor ayam - dipotong lapan
50ml air asam jawa
20gm gula merah
1 liter santan
2 suduk makan tepung jagung - dibancuh dengan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan A - dikisar sekali

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
sedikit garam

Bahan-bahan B - dikisar sekali

10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
20gm belacan
sedikit lada hitam

Cara memasak

1. Perap ayam seketika dengan bahan A. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga pecah minyak dan naik baunya.
3. Tuangkan santan dan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
4. Masukkan gula merah, garam dan air asam jawa. Kacau rata.
5. Masukkan ayam seketika dan terus angkat.
6. Sediakan ayam di dalam loyang pembakar. Taburkan dengan lada hitam dan bakar pada suhu sederhana sehingga ayam masak.



Share:

Sayur Lemak Cekur Manis


Bahan-bahan

1 ikat cekur manis - diasingkan dari tangkainya
3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris melintang
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
sedikit udang - dibuang kulit dan dicuci bersih-bersih
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Masukkan ubi keledek, udang, bawang merah, bawang putih dan cili merah ke dalam periuk dan tambahkan santan cair. Jerang di atas api sehingga ubi keledek empuk.
2. Apabila ubi telah empuk, masukkan cekur manis diikuti dengan santan pekat. Biarkan mendidih.
3. Sebelum tutup api, tambah garam secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

Share:

Mee Jawa Simple


Bahan-bahan


500gm mee kuning
200gm udang (optional) - dibuang kulit dan dicuci
500gm tulang - dicuci bersih-bersih
300gm daging - dipotong kecil
5 biji bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
5 sudu besar tomato soup
3 sudu besar cili giling
sedikit sawi - potong melintang
sedikit taugeh

Cara memasak

1. Tulang, daging dan udang direbus sehingga daging empuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3. Masukkan cili giling dan tomato soup. Kacau dan masak hingga berbau wangi.
4. Masukkan tulang, daging, udang berserta air rebusan. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sawi dan taugeh.
6. Masukkan mee dan kacau rata. Tutup api.

Note: Hidangkan mee panas-panas dan dihias dengan daun bawang dan bawang goreng serta telur rebus.



Share:

Ayam Masak Kicap Pedas


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dicuci dan dilumur garam kunyit.
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili hijau - dipotong melintang
5 sudu cili giling - boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing-masing
2 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya
sedikit halia - dihiris halus
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
sedikit sos tiram

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara memasak

1. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia. Biarkan garing.
3. Masukkan bahan kisar. Kacau rata sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili giling dan kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan sos tiram. Kacau dan boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau.
6. Masukkan ayam dan kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan kacau lagi rata-rata sebelum tutup api.
8. Siap dan boleh dihidangkan.



Share:

Sambal Kuning Tenggiri


Bahan-bahan


6 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaul garam kunyit
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
sedikit kunyit hidup

Note: Jika suka pedas boleh tambah cili padi

Cara memasak

1. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
3. Tambahkan air asam jawa. Masak sehingga agak pekat.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan masak hingga kuahnya agak kering.




Share: