If you think well, you cook well...

Sweet Sour Ikan Tenggiri


Masakan ini sesuai untuk orang-orang yang bekerja kerana ia simple dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyediakannya. Sebelum pergi kerja sebelah pagi, keluarkan ikan dari freezer dan letak di dalam fridge. Sebaik saja pulang dari kerja, keluarkan ikan dari fridge dan rendam sekejap di dalam air. By the time kita salin baju dan solat 'asar, ikan tersebut telah ready untuk dimasak.

Bahan-bahannya

6 ketul ikan tenggiri
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 biji capsicum (cili besar) - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - di potong bulat
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila bawang telah garing, masukkan cili giling, sos cili dan sos tomato. Kacau sampai naik bau. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan ikan diikuti dengan capsicum. Kacau rata-rata.
5. Masukkan bawang besar dan kacau sebentar.
6. Akhir sekali masukkan sedikit garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

*Masakan ini menjadi kegemaran anak perempuan saya.



Share:

No comments: