Wednesday, July 2, 2008

Sup Makaroni

Hari masak sup makaroni aje sebab dah jemu makan nasi tiap-tiap hari. Berselera nampaknya anak-anak makan. Lagipun sup ni mudah aje nak masak..tak perlu lelama kat dapur. Resepi ni asalnya dari arwah ibu mertua saya tapi saya dah modify sikit tapi rasanya tetap yummy. Husband saya pun suka sup makaroni ni. Waktu dia tinggal di Melbourne dulu, selalu jugak dia masak sup ni sebab mudah dan simple tapi kalau dia masak, sure dia letak cili giling banyak-banyak sebab dia suka pedas. Saya letak sikit aje sebab saya dan anak-anak tak berapa tahan pedas..


Bahan-bahan

500 gm makaroni
300 gm daging atau isi ayam (kalau nak letak udang pun boleh)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu rempah sup
1 cawan tomato soup
1 sudu besar cili giling
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit halia
sedikit lada hitam
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

Cara memasak

1. Rebus makaroni hingga lembut kemudian toskan.
2. Daging dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
3. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris halus-halus.
4. Kentang dan karot dipotong dadu (kecil-kecil)
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
6. Bila bawang telah garing, masukkan cili giling dan tomato soup. Biarkan sekejap hingga pecah minyak.
7. Masukkan rempah soup dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
8. Masukkan kentang dan karot dan tambah air seperti buat sup biasa. Biarkan mendidih atau sehingga kentang empuk.
9. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api.
10. Masukkan sedikit makaroni ke dalam mangkuk dan bubuh kuah soup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap dimakan panas-panas.

1 comments:

Atirah said...

nampak sedap nyumm2... nak try resepi ni pulak ^0^