Tau Foo Far

Bahan- bahan:

300 gm soya bean
10 cawan air

Cara:

Basuh soya bean.Rendam selama 6 - 8 jam.Kemudian blend dgn 10 cawan air dan tapis dgn kain maslin dan perah untuk mengasingkan kulitnya.Masukkan daun pandan beberapa helai dan masak atas api perlahan.
Dalam mangkuk lain masukkan 1 1/2 sudu kecil abu.3 sudu teh tepung jagung,1/2 cawan air dan kacau rata.Kemudian masukkan campuran tadi kedalam bekas besar yg kosong.Akhir sekali dari atas kira2 5 kaki tinggi curahkan soya bean yg dimasak tadi kedalam bekas kosong yg telah diisikan dgn campuran air abu tadi.Tutup dan biarkan 45 minit.
Dihidang panas atau sejuk dgn air gula.


Air gula:

2 cawan gula
3 cawan air
2 helai daun pandan

Cara:

Masukkan gula dan air dan daun pandan sekali gus.Rebus hingga pekat keatas api serdahana.Jangan dikacau.

1 comments:

Tirana said...

Bil..apasal kena tuang dari tempat tinggi sampai 5 kaki. Kena berdiri atas kerusi la gamaknya ye..hehehe..Anyway, I'm going to try this one day.