Friday, June 13, 2008

Sup Tulang Merah Singapore

Kita selalu mendengar artis2 dan orang2 kita sanggup ke Singapura untuk menikmati sup tulang merah Singapura,makanan yang agak popular disana dewasa ini.Jika keSingapura mereka tak lepas peluang untuk mencuba sup tersebut.Di Kuala Lumpur kita boleh dapati di Restoran Kunang-kunang di Ulu kelang.Sedap hingga menjilat jari.Disini saya ingin berkongsi respi...jadi tak payah lah ke restoran atau ke Singapura lagi...Lebih sedap dibuat dgn tulang kambing tapi bagi yg tidak mengemari kambing boleh diganti dgn tulang lembu.
.....Saya dan rakan saya pernah mencubanya sewaktu kami ke Singapura baru2 ini.Memang best...walaupun kami bukan pengemar sup kambing,rakan saya yang amat cerewet tentang permakanan,menjamu selera hingga menjilat jari...Selamat mencuba.


Bahan-bahan:

1 kilo tulang bahagian kaki kambing atau tulang lembu yg mengandungi sum2nya sekali
1/2 cawan tomato sos
1/4 cawan cili sos
1/4 cawan cili boh
1/4 cawan minyak untuk menumis
1/2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar bawang goreng
5 ulas bawabg merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit rempah kasar 4 beradik-b lawang,buah pelaga,cengkih dan kayu manis
garam dan aji no moto secukup rasa


Cara:

Tulang direbus hingga empuk.Air rebusan jangan dibuang.
Goreng jintan manis dan jintan putih tanpa minyak hingga agak garing.Kemudian dimesin halus.
Bawang merah,bawang goreng,bawang putih dan halia diblend bersama dan kemudian tumis dalam kuali dgn minyak.Masukkan jintan yg dimesin dan rempah2 kasar dan juga tomato sos,tomato puree,cili boh,lada hitam dan cili sos.Tumis hingga garing dan berbangkit bau.Kemudian masukkan hasil tumisan ini kedalam air rebusan tulang tadi dan masak hingga agak pekat dan berkuah.Masukkan garam dan perasa secukup rasa.
Sedap dimakan dgn roti dan juga nasi.
Boleh dihidang dengan limau nipis,daun sup,bawang goreng,daun sadri yg dimayang halus.

0 comments: