If you think well, you cook well...

Laksa Johor Special

Bahan-bahan:
1 packet spagetti
1o ekor ikan kembong yg agak besar-Direbus dan asingkan isi dengan tulang kemudian diblend dgn air.Tulang juga kemudiannya diblend dgn air dan ditapis.
1 1/2 cawan cili boh-lebih sedap jika dibuat sendiri.
4 biji bawang besar
1 labu bawang putih
1 1/2 inci halia
3 btg serai
1 inci lengkuas
3 sudu besar besar kerisik
sekeping asam keping
4 packet santan
4-5 paket rempah kari ikan kecil
sedikit belacan
cili untk dibuat sambal belacan
limau kasturi


Cara-cara:

Ikan direbus dan diasingkan isi ikan dan tulangnya dan blend berasingan dgn air.Tulang tadi ditapis.
Tumis bahan2 bawang,b putih,lengkuas,halia dan serai tadi hingga bangkit bau.Kemudian masukkan cili boh,rempah kari ikan dan kacau rata.Bila garing masukkan isi ikan dan ait tulan yg telah diblend tadi.Kacau rata.Bila mendidih masukkan santan yg telah dicampu dgn sedikit ai mengikut kecairan yg disukai.akhir sekali masukkan asam keping.sedikit belacan, dan garam dan aji no moto.
Spagetti direbus dgn garam dan sedikit minyak.Kemudian bila lembut ditoskan.
Ulam dihiris halus dan dihidang bersama sambal belacan siap diperah dgn limau kasturi.


Ulam:
Cili merah
Timun
Daun Kesom
Bawang besar
Kacan panjang
Limau kasturi dibelah dua
Dihiris halus kesemuanya dan diletakkan berasingan.Kemudian hidangkan dgn sambal belacan tadi.
Share:

No comments: