Sunday, June 8, 2008

Kuih Pau

Saya sebenarnya suka sangat kuih pau lebih-lebih lagi yang berintikan kelapa. Sebelum ini, sudah banyak kali saya cuba buat kuih pau sendiri tapi tak pernah jadi, tak jadi lembut macam yang dijual di kedai. Selalu bertanya kepada rakan-rakan yang pandai buat kuih ini dan bermacam resepi dan petua yang mereka bagi tapi hasilnya tetap tak selembut kuih pau yang chinese buat. Pau melayu biasanya keras bila sejuk. Saya surf internet, masuk laman-laman web resepi untuk mencari resepi kuih pau. Banyak resepi kuih pau yang saya dapat dengan bermacam-macam version. Akhirnya saya tertarik hati untuk mencuba resepi kuih pau yang ditulis oleh Mat Gebu di laman myresepi.com

Jadi, dua hari lepas, saya bangun seawal pukul empat pagi untuk buat kuih pau. Intinya telah saya sediakan dari siang-siang lagi. Saya buat dua jenis inti. Satu inti pedas dan satu lagi inti kelapa manis. Sebenarnya kita boleh masukkan apa-apa saja inti kegemaran kita. Untuk inti pedas, saya buat macam inti karipap. Mungkin lain kali boleh cuba inti-inti lain pulak. Dengan semangat yang berkobar-kobar dan dengan harapan yang setinggi langit, saya ikut step by step resepi yang Mat Gebu bagi. Alhamdulillah, hasilnya cukup memuaskan. Kuih pau jadi lembut selembut sutera (lol). Saya tayangkan sikit gambar kuih pau yang saya buat. Saya copy resepi dari laman myresepi dan letakkan di sini supaya mudah bila nak buat kali kedua dan seterusnya. Terimakasih pada Mat Gebu yang tulis resepi ini. Mudah-mudahan Allah memberkati beliau.



Bahan-bahan untuk doh ( 10 biji )

240 g tepung "Hong Kong", (guna tepung pau pun ok)
1 camca teh "Double Acting" Baking Powder + 1/2 camca teh garam
1 camca teh yis
25 g lemak sayur (shortening)
100 ml air suam*
30 g gula halus*
1/2 camca teh cuka*(*disatukan dan kacau hingga gula larut)

Cara-cara buat doh

1. Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur. Gaul ramas hingga adunan berupa serbuk roti. Masukkan air yg bercampur dgn cuka dan gula. Adun hingga menjadi doh yg lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan 10 minit jika menggunakan mesin). Perap doh selama 45 minit.

2. Keluarkan doh dan tumbuk utk membuang angin. Bahagi kepala 10 bahagian, bulat-bulatkan. Ambil sebiji doh dan leperkan di atas tapak tangan, sudukan inti yg telah sejuk tadi dan cantum doh sehingga menutupi inti. Bulat-bulatkan doh tadi dan letak diatas sekeping kertas (2inci x 2 inci) yg telah disapu dengan lemak sayur.

3. Buat hingga habis dan susun dalam kukusan. Perap pau kurang lebih 20 minit.

4. Kukus pau tadi di atas air mendidih selama 15 minit. Angkat dan sejukkan.

Note: Untuk doh tadi boleh juga menggunakan bread maker, melalui setting untuk doh. Masukkan kesemua bahan dan tekan setting utk doh dan tunggu hingga siap.


Bahan-bahan untuk inti manis

2 cawan kelapa parut
1 cawan gula merah (boleh kurang atau tambah mengikut citarasa masing-masing)

Cara-cara buat inti manis

1. Masak gula dengan sedikit air.
2. Bila semua gula telah larut dan mendidih, tapis.
3. Masak semula air gula tersebut di atas api dan masukkan kelapa parut.
4. Kacau inti sehingga benar-benar kering.
5. Kalau suka bolehlah masukkan sedikit tepung gandum untuk menjadikan inti kenyal dan melekat.

3 comments:

Tyha said...

Salam kak,Doubel Acting baking powder rupanya cemana? Yis tu mauripan ke? Tepung Hong Kong kat pasarya ada x?

Tirana said...

Salam Tyha,

Double Acting baking powder tu rupa dia sama macam baking powder yang biasa kita guna untuk buat kek dan biskut, serbuk putih. Yis ni pulak boleh guna apa2 brand pun..mauripan pun boleh. Sesetengah pasaraya ada jual tepung Hong Kong. Memang kat paket tu dia tulis tepung Hong Kong. Tapi kalau susah nak dapat, Tyha boleh guna tepung pau bluekey tu.. Kalau nak mudah, pergi ke kedai yang jual bahan2 untuk buat kek dan biskut. Kat situ semua jenis tepung ada, double acting powder dan yis pun ada jual. Tanya aje kat penjual tu...mesti dia tunjuk punya..hehehe..

Tirana said...
This comment has been removed by the author.