If you think well, you cook well...

Kerabu Taugeh



Kerabu Taugeh campur kerang, resepi dari ibu saya. Ketika saya masih tinggal bersama ibu saya (sebelum kawin), dia selalu buat kerabu ini kerana dia tahu saya amat menggemarinya. Tapi sejak kawin saya jarang buat kerabu ini kerana suami dan anak-anak tidak berapa suka. Namun sejak seminggu dua ini, saya mengidam sangat nak makan kerabu ini jadi hari ini saya cuba buat. Walaupun rasanya tentu tak sama dengan yang ibu buat tapi boleh la untuk melepaskan keinginan. InsyaAllah bila balik kampung nanti..boleh lah minta ibu tolong masakkan.. Dah rindu sangat masakan ibu...

Bahan-bahan

600gm taugeh
1kg kerang
3 biji bawang kecil
2 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar santan pekat
1 biji limau nipis
sedikit garam


Cara membuatnya

1. Kerang dibersihkan dan direbus. Bila masak, ambil isinya.
2. Taugeh dibersihkan dan dicelur dalam air panas. Kemudian ditoskan.
3. Bawang kecil dihiris nipis-nipis.
4. Dalam sebuah bekas, campurkan kerang, taugeh dan bawang kecil yang telah dihiris. Masukkan sambal belacan, kerisik dan santan pekat. Kacau rata-rata. Masukkan garam dan perah jus limau. Gaul rata-rata. Dah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..


Share:

No comments: