If you think well, you cook well...

Homemade Cili Boh

Sekarang dengan harga barangan semuanya sudah naik melambung apa kata kita cuba membuat cili boh sendiri.Lebih bersih dan jimat.Juga tidak mengandungi bahan awet yang tidak baik untuk kesihatan.Suri rumah yang malas saja yang akan membeli cili boh...Jussstttt kidding......Petua suami sayang,pandai2 la berjimat dan buat cili boh sendiri.....Selamat mencuba semua.Tangan pedas tak pe...tanda sayang pada suami.Kalau tak biasa buat kerja dapur atau yg dah terbiasa buat manicure boleh pakai sarung tangan.


Bahan-bahan:

1/2 kilo cili kering.
Garam
Minyak Air
Jika mahukan yg pedas pilih cili kering yang kerinting.Jika mahukan yang tak pedas pilih yang tidak kerinting.

Cara:

Cili disiang dgn potong serong supaya senang keluar biji2nya.Jika mahu pedas jgn dikeluarkan kesemua biji.Kemudian dibasuh dan rendam sekejap.Tosskan dan rebus dgn beberapa cawan air hingga mendidih.Masukkan garam secukup rasa.Kemudian ditosskan dan diblend dgn air masak atau sedikit air suam.Campurkan sedikit minyak.Jika suka perah sebiji limau nipis agar tahan lebih lama.Bila selesai diblend sudah siap digunakan atau jika mahu tahan agak lama boleh digoreng dalam kuali tanpa minyak sampai bergelegak.Biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais.Tahan sehingga hampir sebulan.
Share:

1 comment:

Tirana said...

Ade ke yang malas buat cili boh sendiri. Actually yang buat sendiri lagi sedap dari yang beli...Bukanya susah pun nak buat...Blend banyak2 buat stok..tahan sebulan ye Bil..