Saturday, June 14, 2008

Daging Rendang Dendeng


Bahan-bahan

500 gm daging dipotong dan direbus hingga empuk.
1 biji bawang besar dipotong bulat
sedikit kicap cair
sedikit gula
garam secukup rasa

Bahan-bahan giling 1

4 ulas bawang putih
6 ulas bawang kecil
1/2 inci halia

Bahan-bahan giling 2

2 batang serai
1/2 inci lengkuas
10 tangkai cili kering

Cara memasak

1. Daging yang sudah direbus tadi dihiris nipis-nipis kemudian dititik.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan giling 1. Biarkan garing.
3. Masukkan bahan-bahan giling 2, kacau dan biarkan hingga pecah minyak di atas api yang perlahan.
4. Masukkan daging yang sudah dititik tadi dan kacau lagi. Masukkan sedikit kicap dan sedikit air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan gula dan garam. Masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat-bulat. Biarkan kuahnya kering sedikit. Sebelum diangkat dari dapur, rasa masin dan manisnya.
6. Masakan ini sedap dimakan dengan nasi putih.


0 comments: