If you think well, you cook well...

Acar Ikan Kering

Semasa mengemas petiais semalam, terjumpa ikan kering kurau.. Ada 2 ekor yang besar. Dalam minda, terfikir, apa saya nak buat dengan ikan kering yang banyak ni. Ikan kering tu sebenarnya kawan suami yang bagi. Setiap kali dia pergi ke Sabah, ikan kering kurau tu lah jadi buah tangan untuk kita orang selain dari ikan bilis dan udang kering. Ikan bilis selalu cepat luak sebab selalu buat sambal ikan bilis. Ikan kering dan udang kering aje yang tak luak-luak. So hari ni dapat idea nak buat acar ikan kering. Pertama kali cuba....piuhhhhh..terangkat! Baunya saja dah membangkitkan selera... Rasanya apa tah lagi... makan tak pandang kiri kanan la..hehehe.. Mai kita kongsi resepinya.. Sapa-sapa yang nak cuba masak silakan...



Bahan-bahannya

500gm isi ikan kurau kering
6 ulas bawang putih dikupas dan dibelah dua
6 ulas bawang kecil dikupas dan dibelah dua
sedikit cili padi (kalau nak pedas, boleh tambah)
sedikit daun kari
sedikit gula
sedikit gula merah
sedikit cuka

Bahan-bahan giling

10 tangkai cili kering
2 biji bawang besar
sedikit kunyit hidup (kalau guna kunyit serbuk pun okay)

Bahan-bahan rempah

2 sudu kecil serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk ketumbar

Cara memasak

1. Ikan kering digoreng separuh masak. Ketepikan
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan giling. Biar sampai pecah minyak.
3. Kemudian masukkan bahan rempah dan sedikit air. Kacau dan biar sampai naik bau wangi.
4. Masukkan ikan kering, bawang kecil, bawang putih, cili padi dan daun kari. Kacau rata dan biarkan sebentar.
5. Masukkan gula merah, gula dan cuka secukup rasa serta sedikit air.
6. Masak sehingga kering. Dah siap dan boleh dimakan.


Share:

No comments: