Ayam Panggang Berempah Tandoori


Bahan-bahan


4 ketul ayam (bahagian drumstick)
4 sudu besar rempah tandoori (brand shan)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji limau nipis
4 sudu besar santan pekat
sedikit garam

Cara memasak

1. Cuci ayam dan toskan sehingga kering.
2. Bawang merah, bawang putih dan halia dikisar sekali.
3. Perah limau nipis dan jusnya dicampurkan ke dalam santan.
4. Masukkan rempah tandoori, bahan-bahan yang dikisar dan campuran jus limau nipis dan santan ke dalam ayam. Tambahkan garam dan gaul rata-rata.
5. Perapkan ayam sekurang-kurangnya sejam sebelum dipanggang di dalam oven.
6. Panggang ayam dengan kepanasan oven 150^C selama lebihkurang 45 - 50 minit. Ayam dibalikkan kemudian panggang lagi selama 20 minit.

Note:

1. Campuran jus limau nipis dan santan boleh digantikan dengan yoghurt (natural flavour).
2. Rempah tandoori boleh dikurangkan atau ditambah mengikut citarasa sendiri.



Rempah Tandoori


0 comments: