If you think well, you cook well...

Roti



Bahan-bahan:

250 gm tepung roti ( tepung gandum berprotein tinggi)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula
2 sudu kecil yis segera
1 sudu kecil garam
1 egg
30 gm mentega
160 ml air

Cara membuat:

1. Campur semua bahan kering (tepung, susu, gula, yis dan garam) dan gaul rata-rata.
2. Masukkan telur dan mentega. Gaul lagi.
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Uli sampai doh jadi sebati, lembut dan tidak melekat di tangan.
4. Ketepikan doh dan biarkan ia kembang dua kali ganda. Jangan lupa tutup bekas dengan kain.
5, Setelah doh kembang, bolehlah dibentuk bulat-bulat dan letakkan di atas loyang yang telah disapu dengan mentega.
6. Bakar di dalam oven dengan kepanasan 190^C selama 10 minit.

Note:

1. Dari doh di atas, kita boleh pelbagaikan roti seperti kita boleh buat roti bawang putih, roti berinti daging/ayam pedas, roti berinti kacang merah, roti bersosej dan sebagainya.

2. Untuk membuat roti wholemeal, campuran 200 gm tepung roti dan 50 gm tepung wholemeal diperlukan untuk menggantikan 250 gm tepung roti.

*Resepi dari Linda. Thank you!!!!



Share:

No comments: