Karipap




Bahan untuk kulit


6 oz mentega (dicairkan
4 cawan tepung
3/4 cawan air
sedikit garam (dicampurkan ke dalam air)

Bahan untuk inti

5 biji kentang (saiz besar)
1 batang karot (saiz sederhana)
1 biji besar (saiz besar)
100 gm daging/isi ayam
sedikit daun sup
4 sudu makan serbuk kari daging (boleh tambah jika suka pedas)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
garam secukup rasa

Cara membuat kulit

1. Gaul dan ramas tepung dan mentega cair sehingga menjadi seperti serbuk roti.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli tepung hingga sebati menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong.
4. Canaikan doh tersebut sehingga menjadi agak nipis kemudian bubuh inti, tangkupkan dan kelimkan untuk mencantumkannya.
5. Gorengkan dalam minyak yang banyak dengan menggunakan api yang sederhana sehingga karipap menjadi kekuningan.

Cara membuat inti

1. Kentang dan karot dibuang kulit dan dipotong dadu kecil-kecil serta dibersihkan.
2. Bawang dibuang kulit dan dipotong dadu.
3. Daun sup dipotong halus.
4. Daging/isi ayam dipotong kecil-kecil.
5. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk dan tumiskan bawang besar.
6. Bila bawang telah garing, masukkan serbuk kari daging dan masukkan sedikit air.
7. Masukkan daging/isi ayam dan biarkan sekejap.
8. Kemudian masukkan kentang dan karot dan masukkan sedikit air lagi.
9. Biarkan sehingga kentang empuk dan kering airnya.
10. Masukkan garam dan lada hitam. Kacau rata.
11. Tutup api dan masukkan daun sup. Kacau rata-rata.
12. Sejukkan inti sebelum masukkan ke dalam kulit.

*Resepi kulit karipap dari Bil. Thank you, Bil!



0 comments: