If you think well, you cook well...

How to Chop an Onion Without Crying

with Jonathon Stewart

Does cutting onions turn you into a weeping mess? Avoid a teary scene the next time you're chopping onions by using this simple, surefire method.




Cut into the onion


Start by locating the root end of the onion. Just beneath the surface lies the onion bulb, which contains the greatest concentration of the onion's tear-producing enzymes.

With a sharp paring knife, make an angular cut about one-third of the onion's diameter deep, and proceed to cut in a circular direction, always being sure to cut away from your other hand.


Remove the onion bulb

Remove the cone-shaped piece of onion in one big chunk, which should contain the bulb, and move this part of the onion as far away from your eyes as you possibly can, or at least into the trash. Do not put this in your garbage disposal.


Peel and chop the onion

Proceed to peel the onion, then make one big slice lengthwise with a large knife. Turn the onion on its side and make three or four cross-cuts, and chop lengthwise for the big finish.


Alternative tear-free methods

You can also wear a pair of swimming goggles and cut the onion and old way you want, or try putting it in the freezer for about 20 minutes prior to chopping.

Remember to use a sharp knife and always breathe through your nose, or your ears... if you can.



Share:

Pentingnya mencuci buah dengan air garam!





Untuk makluman itu adalah sejenis larva dari lalat buah (Batrocera spp.)..yang pasti kemungkinan besar buah itu sudah masak dan tidak dijalankan kawalan kualiti oleh pengusahanya ataupun dibawa masuk secara illegal(seludup). Jika dibawa masuk secara sah...syarat ketat dari negara kita mesti dipatuhi..Saranan basuh atau bersih dulu sebelum makan....


Share:

Kek Coklat Lembap

Minggu lepas (tak ingat hari apa) saya cuba buat kek coklat kukus. Selama ini saya hanya buat kek coklat bakar. Alhamdulillah, jadi sedap. Dalam sekelip mata saja dah tinggal bekas kosong. Anak-anak saya memang suka kek coklat lebih-lebih lagi bila saya letak topping coklat kat atas kek.



Bahan-bahan

250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:


150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas
1 sudu besar butter

Cara memasak


1. Griskan loyang bulat yang bergaris pusat 9inci dengan butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
4. Masukkan susu dan tepung yang diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
5. Masukkan kedalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
6. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
7. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
8. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing-masing. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.
9. Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.


*Original resepi from myresepi.com
Share:

Masak memasak!

Minggu lepas saya mencuba tiga resepi iaitu karipap, mee rebus dan apam cantik manis.


Karipap, bukan resepi baru tapi so far saya hanya pandai buat "karipap pusing" saja. Karipap pusing memerlukan banyak masa di dapur kerana proses membuatnya memang remeh sedangkan saya tidak punya masa yang panjang di dapur. Lagi pula karipap pusing guna banyak mentega dan sudah tentu tidak berapa bagus untuk kesihatan. Sebelum ini saya pernah cuba buat karipap biasa tapi tidak menjadi. Maksud saya tidak menjadi ialah kulitnya jadi liat dan tidak rangup (lol). Saya ikut resepi dari sebuah majalah (tak boleh percaya sangat resepi dari majalah ni..!). Satu hari Bil bagi saya resepi kulit karipap dan saya mencubanya minggu lepas. Alhamdulillah kulitnya jadi rangup dan sedap. Terimakasih pada Bil. Resepinya akan menyusul nanti. Mungkin pada setengah orang daripada teruk-teruk buat karipap, baik beli saja, mudah dan tidak penat. Tapi anak-anak saya tidak suka makan karipap yang dimasak oleh orang lain. Pernah saya tempah karipap dari seorang teman tapi anak-anak saya tidak makan. Mahu tidak mahu, saya terpaksa masak sendiri.


Resepi kedua yang saya cuba ialah "mee rebus" (resepi dari sebuah majalah masakan). Yang ini pun biasa saja tapi saya tidak pernah mencubanya kerana saya fikirkan proses membuatnya rumit. Kebetulan ada dua orang kawan yang istimewa datang ke rumah hari Sabtu lalu jadi saya mengambil kesempatan untuk cuba memasak mee rebus. Tapi kesian jugak pada diorang berdua...terpaksa merasa mee rebus yang tidak berapa sedap (lol). Minta maaf banyak-banyak pada Siti Nor dan Hafizah. Susah payah datang dari jauh tapi terpaksa makan kerana tiada juadah lain (lol). Saya tidak sempat masak juadah lain kerana sibuk pada hari Sabtu itu. Oleh kerana tidak sedap, saya tidak akan meletakkan resepinya di sini. Nanti saya akan cuba masak mee rebus ikut resepi yang lain pulak. Resepi-resepi yang dimasukkan ke blog ini hanya yang sedap-sedap saja (sedap pada lidah saya dan keluarga saya, of course!)


Resepi yang ketiga ialah "apam cantik manis". Resepi ini saya ambil dari blog Mar. Mar telah mencuba resepi ini. Jadi semalam iaitu hari Ahad, giliran saya pulak mencubanya. Memang mudah dan hasilnya memang memberangsangkan (lol). Untuk percubaan, saya buat satu adunan saja. Dapat lebih kurang 12 biji apam. Habis dalam sekelip mata. Nampaknya anak-anak saya suka apam cantik manis ini. Lepas ni boleh masak lagi. Untuk resepi sila ke blog Mar.

Itulah tiga jenis resepi yang saya cuba sepanjang minggu lalu. Minggu lalu, anak-anak saya ada di rumah kerana cuti sekolah. Hari ini sekolah mula dibuka semula.



Share:

Ayam Goreng Cili Bermadu

Bahan-bahan

1/2 ekor ayam dipotong empat
*4 ulas bawang putih
*1 biji bawang besar (saiz sederhana)
*1/2 inci halia
3 sudu besar cili giling (atau cili boh) - boleh ditambah jika suka pedas
5 sudu besar tomato sos
5 sudu besar cili sos
1 sudu kecil sos worchestershire
2 sudu besar madu
garam secukup rasa

*dicampur dan dikisar sekali

Cara Memasak

1. Ayam dilumur garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak yang digunakan untuk menggoreng ayam tadi dalam kuali.
3.Tumis bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan cili boh dan biarkan hingga naik minyak.
4. Masukkan kesemua jenis sos dan juga madu. Kacau sebentar. Masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan digaul rata. Sedia untuk dihidangkan.

Share:

Lunch di hotel....

Dua minggu lepas, sebelum suami saya pulang semula ke tempat kerjanya di luar negeri, dia membawa saya dan anak-anak makan tengahari di hotel (saya rahsiakan nama hotelnya). Itulah kebiasaan yang dia lakukan.

Anak-anak saya sungguh gembira maklumlah bukan selalu dapat makan di hotel. Daddy tidak selalu pulang bercuti ke tanahair untuk bersama dengan keluarga. Mengharapkan Mummy bawa anak-anak makan di hotel adalah seperti mengharapkan buah yang tidak gugur (lol). Saya tidak biasa ke tempat-tempat begitu tanpa kehadiran suami saya. Saya hanya membawa anak-anak makan di restoren biasa sahaja seandainya mereka ingin sesekali makan di luar.

Kami sekeluarga adalah di antara pelanggan yang paling awal tiba di hotel itu. Cuma ada satu couple yang saya nampak ada di sana. Kami memilih buffet set. Selalunya kalau makan di tempat-tempat begitu, kami memilih set ini. Tujuannya untuk merasa semua jenis makanan yang disediakan. Melihat kepada makanan yang tersedia, perut serta merta berkeroncong. Nampak macam lazat dan membuka selera untuk makan. Tanpa membuang masa saya dan anak-anak meninjau segala makanan yang disediakan. Memang banyak pilihan. Tiba-tiba saya terpandang ke satu sudut yang berlabel "Pasembor". Sudah lama saya tidak makan pasembor, jadi saya mengambil keputusan untuk merasanya. Rasa macam tidak sabar nak makan.. Nampak macam sedap.. Anak perempuan saya pun teringin pasembor jadi kami berdua memilih menu itu sebagai pembuka tirai.

Oleh kerana tidak ramai pelanggan (lebih ramai pelayan dari pelanggan), kami dilayan macam raja (lol). Kadang-kadang rasa kekok, sebab dua tiga orang pelayan asyik berdiri berdekatan dengan meja kami dan sentiasa meninjau sekiranya kami memerlukan sesuatu. Nak makan pun rasa kekok bila orang asyik perhatikan kita. Tetapi nasib baik keadaan seperti itu tidak berterusan kerana pelanggan semakin ramai yang datang.

Berbalik kepada cerita pasembor, bila sampai di meja, saya pun duduk. Dalam hati berkata, "Ohhhh...sedapnya". Dah siap baca bismillah dan doa makan, saya pun menyuap pasembor itu ke mulut... Alangkah kecewanya hati saya, pasembor yang saya harapkan sedap rupanya indah rupa dari rasa.... Pasembor yang paling sedap pernah saya rasa ialah di Pulau Pinang, bukan dijual di hotel tapi di gerai tepi jalan. Mahu tidak mahu, sedap tidak sedap, saya terpaksa menelan untuk mengelakkan pembaziran. Nasib baik tidak banyak yang saya ambil..tapi saya terpaksa habiskan yang anak perempuan saya ambil juga. Dia cuma sempat makan sesuap, lepas tu, dia tolak pinggannya kepada saya. Kelazatan pasembor biasanya bergantung pada kuah. Kalau kuahnya sedap, memang akan jadi sedaplah pasembor itu. Kuah yang disediakan nampak sedap tapi tiada rasa. Sejuk pulak tu..Saya biasa makan pasembor, kuahnya kalau tidak panas pun, suam-suam kuku kata orang, baru sedap.

Sebenarnya bukan pasembor sahaja, kebanyakan makanan di situ memang tiada rasa terutamanya makanan melayu. Anak-anak lelaki saya makan makanan barat, diorang kata sedap. Sate pun tidak ada rasa sebab kuahnya tidak sedap. Anak perempuan saya kata, "Mummy, your cooking is better than here. All foods here are tasteless". Amboi..pandai dia bagi komen. Suami saya kata oxtail soap agak sedap tapi perut saya sudah penuh ketika itu. Apa tidaknya, saya terpaksa habiskan dua pinggan pasembor, sepinggan sate dan lain-lain makanan yang diambil oleh anak perempuan saya. Dia cuma rasa makanan itu. Kalau sedap dia makan. Kalau tidak, dia tolak kepada saya. Cerdik dia....!

Menu yang disediakan memang banyak tapi yang betul-betul sedap cuma ada satu dua saja. Cara mereka menghidang, memang nampak menyelerakan tapi bila makan, tiada rasa. Lebih baik makan di restoren biasa, walaupun cara menghidang, biasa-biasa saja tapi rasanya ada ummmph (lol). Di hotel, tempat exclusive, bayarannya tinggi. Memang nampak ada class la makan di situ tapi bagi saya, kalau makanan tiada rasa, rugi saja bayar mahal-mahal. Tapi yang komen makanan di situ tiada rasa cuma saya dan anak perempuan saya. Suami saya tak komen apa-apa dan anak-anak lelaki saya kata sedap.. Selera masing-masing berbeza....

Share:

Mee Kantonis



Bahan-bahan


500gm mee kuning (dicuci dan ditos)
6 ulas bawang putih (dihiris halus)
3 ekor sotong bersaiz sederhana (dicuci dan dipotong melintang)
10 ekor udang bersaiz sederhana (dicuci dan dibuang kulit)
1 batang karot (dihiris memanjang dan halus)
sedikit sawi (dipotong anggaran 1 inci)
2 biji telur
1 liter stok ayam
sedikit tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
sedikit minyak
lada sulah dan garam secukupnya

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Kemudian masukkan sotong dan udang. Kacau dan biarkan sekejap.
3. Masukkan karot dan stok ayam. Biarkan seketika dan masukkan sawi.
4. Masukkan lada sulah dan garam secukupnya.
5. Pekatkan kuah dengan bancuhan tepung jagung dan kemudian masukkan telur. Kacau rata.
6. Masukkan mee dan kacau sehingga rata. Mee ini sedap dimakan ketika masih panas dan ia agak basah sedikit.


Share:

Rendang Udang Manis



Bahan-bahan


200gm udang besar
1 cawan santan
1 sudu besar kerisik
1/4 cawan air asam jawa
*1/2 inci halia
*1/2 inci lengkuas
*6 biji cili merah (boleh tambah jika suka pedas)
*1 biji bawang besar (saiz sederhana)
sedikit minyak
sedikit garam
sedikit gula

*bahan-bahan ini dikisar sekali

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan santan dan kacau sehingga mendidih. Bila telah mendidih, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya. Kacau lagi sehingga mendidih.
3. Selepas itu masukkan udang dan biarkan sehingga kuahnya agak pekat. Kacau sekali sekala.
4. Masukkan kerisik. Kacau rata sehingga pecah minyak.
5. Masakan ini boleh dimasak sehingga kering atau dibiarkan berkuah pekat. Ini terpulang pada pilihan masing-masing.



Share:

Garam Masalla punya cerita...

Saya mempunyai ramai anak saudara. Salah seorang dari yang ramai-ramai tu, ada seorang yang pandai makan dan minat sekali memasak walaupun dia lelaki. Alkisahnya akhir tahun lepas dia sekeluarga datang ke rumah saya. Mereka satu rombongan datang ke Kuala Lumpur untuk menghantar ayah dia iaitu abang saya yang nak ke Mekah. Mereka singgah di rumah saya. Saya masak roti jala dan bamia daging sebagai juadah untuk dihidangkan pada tetamu.

"Sedapnya roti jala dan bamia yang mak su masak ni.. Mak su tolong ajar Lan macam mana nak buat", pinta anak saudara saya tu.. Memang mereka satu keluarga memuji kelazatan roti jala dan bamia yang saya masak. Kembang hati saya sekejap..hehehehe.. Saya pun bagi address blog resepi ni pada dia. Saya suruh dia cari sendiri dalam blog saya ni..

Tidak lama selepas dia balik ke kampung, dia pun cuba memasak roti jala dan bamia. Pagi-pagi lagi dia sudah ke kedai untuk mencari bahan-bahan yang bakal digunakan.

"Mak su, kat mana nak cari garam masalla ni? Kat supermarket ada ke?", dia bertanya melalui talipon.

" Garam masalla tu Lan kena cari kat kedai mamak", saya memberitahu dia.

Dia pun segera pergi ke kedai mamak.

"Mamak, bagi saya garam masalla." Mamak tu pun mengambil dan mencampur beberapa jenis rempah ratus yang telah dikisar halus untuk dijadikan garam masalla.

"Mamak, saya minta garam masalla"

"Ini la garam masalla", kata mamak.

"Betul ke ini garam masalla? Nanti saya talipon saya punya mak saudara dulu"

"Mak su, macam mana rupa garam masalla?"

Saya pun beritahu pada anak saudara saya tu macam mana rupa garam masalla.

"Betul la yang mamak tu bagi tadi. Lan ingat rupa garam masalla ni macam garam biasa"

Saya dan dia ketawa. Bila dapat semua bahan, dia pun mulalah memasak.

"Mak su, roti jala dan bamia yang Lan masak jadi sedap la...sama rasa macam yang mak su masak"

"Alhamdulillah"

Anak saudara saya yang sorang ni ikut ayah dia (abang saya), minat memasak. Sebenarnya dalam keluarga, abang-abang semua boleh memasak walaupun tidak mahir. Arwah ayah saya pun pandai memasak. Ketika arwah ayah saya masih hidup, dia yang jadi ketua chef bila ada kenduri kendara. Orang kampung biasanya bergotong royong memasak, ayah saya lah yang jadi kepala. Masakan dia memang dipuji ramai. Tapi sayang, dia tak sempat menurunkan resepi pada anak-anak dia. Abang saya yang kelima pandai masak Laksa Pulau Pinang. Kami sekeluarga memang suka Laksa Pulau Pinang. Ketika dia belajar di UK dulu, selalu jugak dia masak Laksa Pulau Pinang. Di sana mana ada gerai macam di sini. Jadi bila teringin nak makan, kena masak sendiri lah. Sekarang pun dia akan masak sekali sekala. Kalau beli, tak puas makan, katanya. Kata kakak ipar, Laksa Pulau Pinang yang abang buat, memang sedap, lebih sedap dari yang dijual digerai.

The moral of the story...jangan pandang rendah pada kebolehan lelaki dalam bidang masak memasak. Ramai chef yang terkenal di Malaysia ni dari kalangan lelaki. Asahlah bakat sekiranya ada di kalangan anak-anak lelaki kita yang minat memasak. Kalau tak jadi chef yang terkenal pun, sekurang-kurangnya boleh memasak untuk keluarga sendiri ketika isteri sakit atau dalam pantang.




Share:

Fresh Cream Caramel

Bahan-Bahan:
Caramel:
3/4 cawan gula pasir
1/2 cawan air

Cara:
Gula dicampur dengan air dan dimasak keatas api serdahana hingga menjadi caramel perang keemasan.Jangan dikacau.Perhatikan setiap masa.Bila sudah perang tuangkan segera kedalam bekas acuan kaca yang hendak digunakan.Bekas serdahana besar.Biarkan.

Campuran fresh cream:
500 ml fresh milk
6 biji telur gred A
1/2 cawan gula pasir
Secubit garam
1 camt vanilla

Cara:
Campurkan gula pada susu segar dan masak keatas api serdahan hingga gula hancur tetapi jangan dibiarkan mendidih.Kacau selalu supaya sebati.kemudian masukkan garam dan vanilla.Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.
Sediakan pengukus dan dan panaskan keatas api hingga mendidih dan bila telah mendidih perlahankan api pada api serdahana.
Didalam bekas lain pecahkan kesemua telur dan pukul rata tetapi jangan dipukul hingga berbuih.Apabila campuran susu sejuk masukkan telur tadi kedalam campuran susu dan kacau rata hingga sebati.Kemudian tapis kedalam bekas acuan caramel dan kukuskan selama 30-35 minit diapi yang agak serdahana.Tutup bekas dgn kertas aliminium foil utk mengelak air dari penutup kukusan jatuh keatas cream caramel.


Petua untuk cream caramel yang baik:
1)Jangan kukus terlalu lama
2)Jangan kukus api besar
3)Telur jgn dipukul hingga berbuih
4)Hendaklah ditapis
Share:

Kacang Buncis Goreng Udang

Bahan-Bahan:
300 gm kacan buncis
15 ekor udang serdahana
4 biji bawang merah dimayang
3 ulas bawang putih dicincang
1 biji cili merah dibuang biji dan dipatong panjang dan halus
1 biji telur dipukul
2 camb sos tiram
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit


Cara-cara:
Kacang dihiris serong.Cili dibuang biji dan dihiris memanjang dan halus.Bawang merah dimayang.Udang digaul garam kunyit.
Panaskan minyak dan tumis bawang putih.Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak dan campurkan sos tiram.Kemudian masukkan bawang merah yang dimayang dan kacau.Masukkan pula kacang buncis dang goreng lagi.Masukkan pula hirisan cili merah dan garam secukup rasa.Akhir sekali masukkan telur dan kacau hingga rata kesemuanya.Tutup api.
Share:

Murtabak Cream Crackers

Bahan-Bahan:
18-20 keping biskut cream crackers
300 gm daging ayam atau daging lembu kisar
2 biji bawang besar yg serdahana
4 biji ubi kentang yg telah direbus dan dilecek
2 biji cili merah yang dibiang biji dan dicincang
4 biji telur putih yang dipukul kembang
sedikit daun sadri dan bawang goreng
sedikit garam
sedikit lada hitam
2 camb mayonis atau thousand island
2 camb mentega

Cara:
Panaskan mentega.Kemudian tumiskan bawang besar yg dicincang halus.Masukkan daging kisar dan garam serta lada hitam secukup rasa.Goreng atas api serdahana hingga daging masak dan kemudian tutupkan api dan masukkan ubi kentang yang dilecek tadi bersama daun sadri dan sedikit bawang goreng yg telah diramas.Masukkan juga cili merah dan mayonis atau thousand island dan gaul sebati.
Sapukan pada biscut cream crackers dan kapit dg sekeping lagi biscut seperti membuat sandwic.Celupkan kedalam telur putih yang telah dipukul kembang sebelum digoreng dalam minyak penuh.(Deep fry).Goreng hingga kuning keemasan dan dan potong 4.Dihidang bersama sos cili.
Share:

Agar-Agar Jagung


Bahan:

1 packet agar-agar
6 cawan air
1 1/2 cawan susu cair ideal
1 1/2 cawan gula (mengikut kemanisan sendiri)
1 tin jagung berkrim
secubit garam
vanilla


Cara:

Rendamkan agar2 tadi dan basuh hingga bersih.Masakan air dan bila mendidih masukkan agar2 dan masak hingga hancur dan sebati.Kemudian masukkan gula dan kacau hingga sebati.Tapiskan campuran tadi dan masukkan semula kedalam periuk tadi dan kemudian masukkan susu cair dan jagung berkrim dan kacau lagi atas api serdahana.Masukan garam dan vanilla.Padamkan api dan tuang dalam acuan yang dikehendaki samaada besar atau acuan yang kecil2.Biarkan sejuk dan keras.Kemudian masukkan kedalam peti ais.

* Boleh juga dihidang bersama fruit cocktail.


Share: