Daging Masak Hitam

Photobucket


Bahan-bahan

500gm daging - dihiris nipis-nipis
250ml santan pekat
1 sudu besar kerisik
1 sudu teh gula merah
sedikit kicap pekat
garam secukup rasa

Bahan rempah
- dicampur dan dibancuh dgn sedikit air untuk jadikan paste

1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar

Bahan tumis

Kulit kayu manis
Buah pelaga
Bunga cengkih

Bahan kisar
- dicampur dan dikisar

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering - boleh ditambah atau dikurang mengikut citarasa masing-masing.

Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar. Biarkan garing.
2. Masukkan bahan rempah, kacau dan biarkan hingga berbau wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging. Jika kering, masukkan sedikit air. Biarkan hingga daging empuk.
4. Masukkan gula merah, kerisik, kicap pekat dan santan. Masak hingga kuahnya agak kering.
5. Sebelum angkat, masukkan garam secukup rasa.
6. Sedap dimakan dengan nasi putih.

Laksa Penang

Photobucket


Bahan-bahan

1 bungkus laksa (500gm)
1 kg ikan kembung - disiang dan dibersihkan
2 biji bawang besar - dikupas
5 sudu makan cili giling (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa masing-masing)
2 batang bunga kantan - dibelah enam
2 ikat daun kesum - dipetik dan dibersihkan
5 keping asam gelugor
sedikit belacan
garam secukup rasa

Bahan untuk hiasan

timun - dihiris halus
cili merah - dipotong
bawang besar - dipotong bulat
daun salad - dipotong halus

Cara memasak

1. Laksa direndam hingga lembut kemudian direbus hingga masak. Toskan dan ketepikan.
2. Ikan kembung direbus dalam sedikit air hingga mendidih. Angkat dan toskan dan biarkan ia sejuk. Simpan air rebusan ikan tersebut dalam periuk yang agak besar.
3. Bawang besar, cili giling dan belacan dikisar hingga lumat. Kemudian masukkan ke dalam air rebusan ikan tadi.
4. Isi ikan diasingkan daripada tulang dan dikisar. Masukkan ke dalam periuk yang mengandungi air rebusan ikan.
5. Tulang dan kepala ikan juga dikisar kemudian ditapis. Airnya dimasukkan ke dalam periuk yang mengandungi campuran air rebusan ikan tadi.
6. Jerangkan campuran ini di atas api hingga mendidih.
7. Masukkan daun kesum, asam gelugor dan bunga kantan. Didihkan lagi.
8. Rasa garam dan masam kuah laksa ini sebelum ditutup api.
9. Masukkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan tambah kuah.
10. Sedia untuk dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.


Ikan Tenggiri Goreng Bersos


Bahan-bahannya

3 keping ikan tenggiri - dibasuh bersih-bersih
5 ulas bawang merah - dikupas
3 ulas bawang putih - dikupas
8 biji cili padi
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 batang serai - dititik
1 biji tomato - dipotong dadu
1 biji limau nipis
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
garam secukup rasa
sedikit gula jika suka

Cara memasak


1. Ikan tenggiri dilumur garam kunyit dan digoreng hingga masak. Ketepikan.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi.
3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi yang telah ditumbuk tadi. Masukkan juga serai yang telah dititik. Kacau hingga garing.
4. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata. Jika kering, tambahkan sedikit air.
5. Bila telah naik minyak, masukkan bawang besar yang telah dipotong bulat. Kacau hingga bawang layu.
6. Masukkan garam dan gula. Biarkan sekejap.
7. Tutup api. Kemudian curahkan kuah ini ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Perahkan limau nipis sebelum menghidangnya.


Ikan Tiga Rasa


Bahan-bahannya

1 ekor ikan bawal (Ikan siakap/ Kerapu pun boleh)
1/2 in lengkuas
1/2 in halia
3 biji cili api
3 batang serai
3 ulas bawang putih - dihiris
Sayur2... karot, kobis bunga, timun, tomato
sedikit jus limau nipis
sedikit sos ikan
Daun ketumbar utk hiasan


Cara-cara

1. Goreng ikan dalam minyak yang banyak hingga garing. Ketepikan
2. Lengkuas, serai, halia dan cili api ditumbuk.
3. Tumis bawang putih sampai naik bau. Kemudian masukkan bahan-bahan yang ditumbuk. Biarkan sampai masak.
4. Bila cili telah masak, masukkan sayur-sayuran. Tambahkan air jika inginkan sedikit kuah.
5. Masukkan sos ikan, perahan air limau, garam secukup rasa dan boleh tambah gula jika suka.
6. Selepas semua selesai, taburkan di atas ikan tadi. Hiaskan dengan daun ketumbar jika suka.
7. Makan dengan nasi panas-panas.

Sambal Udang Kerisik



Bahan-bahan

500gm udang
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan pekat
1 biji bawang besar - dikisar
4ulas bawang putih - dikisar
3 - 4 sudu besar cili giling
garam secukup rasa


Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik baunya.
2. Masukkan gili giling, kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
3. Masukkan udang, kerisik dan santan dan biarkan mendidih.
4. Setelah kuahnya agak kering, masukkan garam secukup rasa. Kacau rata.
5. Tutup api, angkat dan bolehlah dihidangkan.



Agar-agar Santan


Bahan-­bahan :


1 bungkus agar­-agar (lebihkurang 35gm) - rendam sehingga kembang
6 cawan air
1 cawan gula merah
½ cawan gula pasir
2 cawan santan
2 biji telur
1 helai daun pandan

Cara memasak :

1) Masukkan agar-­agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar- ­agar larut dan mendidih.
2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.
3) Tapis bahan-­bahan tadi ke dalam periuk lain. Biarkan mendidih.
4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agar­-agar. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
7) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.




Ayam Masak Ubi Kentang


Bahan-bahan utama

1 biji ubi kentang - dihiris memanjang
100gm isi ayam - dihiris memanjang
1 biji telur - dipukul
1 batang lobak merah - dihiris memanjang
sedikit daun bawang - dipotong anggaran 1 inci panjang

Bahan-bahan A

1 sudu teh kicap cair
1 sudu teh tepung jagung

Bahan-bahan B

1 sudu makan sos tiram
sedikit gula
sedikit garam

Cara memasak

1. Perapkan hirisan ayam dengan 1/3 telur dan bahan-bahan A selama 5 minit.
2. Panaskan sedikit minyak dan goreng hirisan ayam hingga sedikit kuning. Angkat ayam dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak, masukkan ubi kentang, lobak merah, sedikit air dan bahan-bahan B. Masak hingga ubi empuk.
4. Masukkan hirisan ayam dan goreng lagi dengan api yang agak besar. Kacau rata-rata dan angkat.

Ayam Percik


Bahan-bahan


1 ekor ayam - dipotong lapan
50ml air asam jawa
20gm gula merah
1 liter santan
2 suduk makan tepung jagung - dibancuh dengan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan A - dikisar sekali

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cm halia
sedikit garam

Bahan-bahan B - dikisar sekali

10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
20gm belacan
sedikit lada hitam

Cara memasak

1. Perap ayam seketika dengan bahan A. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan B hingga pecah minyak dan naik baunya.
3. Tuangkan santan dan bancuhan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
4. Masukkan gula merah, garam dan air asam jawa. Kacau rata.
5. Masukkan ayam seketika dan terus angkat.
6. Sediakan ayam di dalam loyang pembakar. Taburkan dengan lada hitam dan bakar pada suhu sederhana sehingga ayam masak.



Sayur Lemak Cekur Manis


Bahan-bahan

1 ikat cekur manis - diasingkan dari tangkainya
3 ketul ubi keledek - dikupas kulit, dibersihkan dan dipotong ikut suka
3 biji bawang merah - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris melintang
1 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
sedikit udang - dibuang kulit dan dicuci bersih-bersih
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Masukkan ubi keledek, udang, bawang merah, bawang putih dan cili merah ke dalam periuk dan tambahkan santan cair. Jerang di atas api sehingga ubi keledek empuk.
2. Apabila ubi telah empuk, masukkan cekur manis diikuti dengan santan pekat. Biarkan mendidih.
3. Sebelum tutup api, tambah garam secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.

Mee Jawa Simple


Bahan-bahan


500gm mee kuning
200gm udang (optional) - dibuang kulit dan dicuci
500gm tulang - dicuci bersih-bersih
300gm daging - dipotong kecil
5 biji bawang merah - dihiris halus
3 ulas bawang putih - dihiris halus
5 sudu besar tomato soup
3 sudu besar cili giling
sedikit sawi - potong melintang
sedikit taugeh

Cara memasak

1. Tulang, daging dan udang direbus sehingga daging empuk.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3. Masukkan cili giling dan tomato soup. Kacau dan masak hingga berbau wangi.
4. Masukkan tulang, daging, udang berserta air rebusan. Biarkan mendidih.
5. Masukkan sawi dan taugeh.
6. Masukkan mee dan kacau rata. Tutup api.

Note: Hidangkan mee panas-panas dan dihias dengan daun bawang dan bawang goreng serta telur rebus.



Ayam Masak Kicap Pedas


Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dicuci dan dilumur garam kunyit.
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili hijau - dipotong melintang
5 sudu cili giling - boleh dikurang atau ditambah mengikut citarasa masing-masing
2 biji limau nipis - diperah dan ambil jusnya
sedikit halia - dihiris halus
sedikit kicap cair
sedikit kicap pekat
sedikit sos tiram

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara memasak

1. Goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis halia. Biarkan garing.
3. Masukkan bahan kisar. Kacau rata sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili giling dan kacau lagi hingga pecah minyak.
5. Masukkan kicap cair, kicap pekat dan sos tiram. Kacau dan boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering.
5. Masukkan bawang besar dan cili hijau.
6. Masukkan ayam dan kacau rata.
7. Akhir sekali masukkan jus limau nipis dan kacau lagi rata-rata sebelum tutup api.
8. Siap dan boleh dihidangkan.



Sambal Kuning Tenggiri


Bahan-bahan


6 keping ikan tenggiri - dibersihkan dan digaul garam kunyit
sedikit air asam jawa
garam secukup rasa
gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
2 biji cili hijau
sedikit kunyit hidup

Note: Jika suka pedas boleh tambah cili padi

Cara memasak

1. Goreng ikan sehingga masak. Ketepikan
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar. Kacau hingga naik bau.
3. Tambahkan air asam jawa. Masak sehingga agak pekat.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata dan masak hingga kuahnya agak kering.




Sambal Serai Udang



Bahan-bahan

600gm udang
1 batang serai - di titik
2 keping asam gelugor (asam keping)
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit gula

Bahan-bahan yang dikisar

2 biji bawang besar
2 batang serai
10 biji cili kering - boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa sendiri

Cara memasak

1. Udang dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan giling. Masukkan serai yang dititik. Kacau hingga berbau wangi dan pecah minyak.
3. Masukkan asam keping, gula dan garam secukupnya. Jika agak kering bolehlah tambah sedikit air.
4. Akhir sekali masukkan udang yang digoreng tadi dan kacau rata-rata. Biarkan kuahnya pekat sebelum diangkat.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Puding Kastad


Bahan-bahan

1 bungkus agar-agar (lebihkurang 35 - 37 gm)
1 1/2 cawan gula
6 cawan air
1 cawan susu
2 keping roti
3 biji telur
5 sudu besar tepung kastad
1 sudu teh esen vanilla

Cara memasak

1. Masak agar-agar bersama air sehingga agar-agar larut. Masukkan gula dan biarkan mendidih.
2. Roti, telur, susu, tepung kastad dan esen vanilla dimasukkan dalam blender dan blend sehingga roti hancur.
3. Masukkan campuran ini ke dalam agar-agar yang mendidih tadi. Kacau rata-rata dan tutup api.
4. Masukkan campuran agar-agar itu ke dalam acuan dan sejukkan sebentar sebelum dimasukkan ke dalam petiais.

Ayam Masak Beriani


Bahan-bahan


1/2 ekor ayam - dipotong kecil
250ml susu cair
2 sudu besar rempah beriani ayam (saya guna brand Shan)
2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
garam secukup rasa

Bahan tumis

1 biji bawang besar - dipotong dadu
sedikit bunga cengkih
sedikit bunga lawang
sedikit kulit kayu manis

Bahan kisar

1 inci halia
1 inci lengkuas
4 ulas bawang putih

Cara memasak

1. Serbuk cili, rempah beriani dan rempah kari daging dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2.Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumis dan bahan kisar. Kacau rata hingga naik baunya.
3. Masukkan pes campuran tadi dan masak hingga pecah minyak.
4. Tuangkan susu cair dan masukkan garam secukup rasa.
5. Masukkan ayam dan masak hingga kuahnya kering. Kacau sekali sekala.



Kari Daging Tetel


Bahan-bahan

500gm daging - direbus hingga empuk
3 sudu cili giling - boleh tambah jika suka pedas
2 helai daun limau purut
sedikit serbuk kunyit
sedikit air asam jawa
sedikit minyak
garam secukup rasa

Bahan-bahan kisar

1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci lengkuas

Cara memasak

1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan kisar. Biarkan dan kacau sekali sekala hingga naik bau wangi.
2. Masukkan cili giling, serbuk kunyit dan daun limau purut. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, kacau dan biarkan mendidih.
4. Bila telah mendidih, masukkan daging yang telah direbus tadi. Jika agak kering masukkan sedikit air.
5. Kacau rata dan masak hingga kuahnya agak pekat.
6. Sebelum tutup api, masukkan garam secukupnya.
7. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.



Masalavadei


Bahan-bahan:

1 cawan kacang dal - direndam sekurang-kurangnya 4 jam
1 biji cili hijau - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris halus
3 biji bawang merah - dihiris halus
1 sudu besar rempah kari daging
sedikit daun kari - dihiris halus
sedikit garam

Cara memasak:

1. Kacang dal yang telah direndam dicuci dan ditoskan airnya. Kemudian ambil 3/4 darinya ditumbuk sehingga lumat.
2. Campurkan semua bahan dan gaul rata-rata.
3. Bentukkan adunan bulat-bulat dan leper sedikit.
4. Panaskan minyak dan goreng adunan tadi hingga garing dan kekuningan.
4. Masalavadei sedap dimakan ketika masih panas.

Sayur Campur Goreng


Bahan-bahan:

300gm isi ayam (bahagian dada) - dipotong dadu
garam
serbuk kunyit
3 ulas bawang putih - dihiris nipis
2 ulas bawang merah - dihiris nipis
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
1 biji cili hijau - di potong menyerong
300gm kacang buncis - dipotong satu setengah inci panjang
4 batang jagung muda - dibelah dua

Cara memasak:

1. Isi ayam dibersihkan, digaul garam kunyit dan digoreng hingga masak tetapi jangan terlalu garing. Ketepikan.
2 Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing.
3. Bila bawang telah garing, masukkan cili merah dan cili hijau diikuti dengan kacang buncis dan jagung muda. Kacau dan biarkan sebentar.
4. Masukkan isi ayam dan bawang besar. Kacau hingga rata.
5. Tambahkan garam secukup rasa dan bolehlah diangkat dari api.


Note: Boleh tambah pelbagai jenis sayur lain jika suka seperti cauli flower, carrot atau brokoli.



Kalio Ayam


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
1 batang serai diketuk
3 keping daun limau purut
2 keping asam gelugor
2 sudu cili giling (boleh ditambah jika suka pedas)
1 cawan santan pekat

Bahan-bahan kisar:

1/2 halia
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 cm kunyit dikisar

Cara memasak:

1. Satukan semua bahan yang dikisar bersama santan, serai dan cili giling di dalam periuk.
2. Masukkan ayam .
3. Kemudian jerang atas api, kacau santan supaya tak pecah minyak.
4. Masukkan daun limau purut.
5. Bila santan dah separuh masak, masukkan asam keping dan garam secukup rasa dan masak sehingga santan betul-betul masak dan kuahnya menjadi agak pekat.


Sweet Sour Ikan Tenggiri


Masakan ini sesuai untuk orang-orang yang bekerja kerana ia simple dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyediakannya. Sebelum pergi kerja sebelah pagi, keluarkan ikan dari freezer dan letak di dalam fridge. Sebaik saja pulang dari kerja, keluarkan ikan dari fridge dan rendam sekejap di dalam air. By the time kita salin baju dan solat 'asar, ikan tersebut telah ready untuk dimasak.

Bahan-bahannya

6 ketul ikan tenggiri
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 sudu besar cili giling
2 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 biji capsicum (cili besar) - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - di potong bulat
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa

Cara memasak

1. Ikan dibersihkan dan dilumur dengan garam kunyit dan digoreng. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumiskan bawang merah dan bawang putih.
3. Apabila bawang telah garing, masukkan cili giling, sos cili dan sos tomato. Kacau sampai naik bau. Jika kering, masukkan sedikit air.
4. Masukkan ikan diikuti dengan capsicum. Kacau rata-rata.
5. Masukkan bawang besar dan kacau sebentar.
6. Akhir sekali masukkan sedikit garam.
7. Sedia untuk dihidangkan.

*Masakan ini menjadi kegemaran anak perempuan saya.



Yum-yum Blog Award





First time dapat award. Award ni dari AlongRoz. Thanks Along. Tak sangka ada orang nak bagi hadiah. Bil, Kasih dan saya memang minat memasak. Saya create blog "My Favourite Recipes" tujuannya untuk menyimpan resepi yang yummy yang pernah saya cuba dan juga menyimpan resepi keluarga turun temurun. Nanti anak cucu boleh jadikan blog ni sebagai rujukan, hehehe.. Then bila saya bertemu Bil dan Kasih yang mempunyai minat yang sama, saya suggest kami berkongsi resepi kegemaran masing-masing. So saya invite diorang berdua jadi co author blog ini supaya resepi kami boleh dikongsi bukan saja oleh kami bertiga tapi juga oleh orang lain. Kepada sesiapa yang berminat, boleh copy dan cuba mana-mana resepi yang terdapat dalam blog ini, free of charge..hehehe..



Saya akui..asalnya saya memang tidak pandai memasak. Ketika kawin dengan suami, saya hanya pandai masak nasi putih, goreng telur dan buat sambal belacan aje. Kawin ketika sedang belajar jadi tak sempat belajar memasak dengan mak.. sibuk dengan buku aje..hiks..hiks. Allah bagi cabaran pada saya.. DIA jodohkan saya dengan lelaki yang "pandai makan". Mahu tidak mahu, saya terpaksalah belajar memasak. Ketika we all sama-sama belajar di luar negeri, saya belajar memasak melalui buku resepi..kadang-kadang jadi sedap..kadang-kadang tidak. Bila balik ke Malaysia, saya belajar memasak dari allahyarhamah ibu mertua saya dan juga ibu sendiri. Terimakasih kepada kedua-dua mak saya kerana memberi tunjuk ajar kepada saya dan juga menurunkan resepi-resepi mereka kepada saya. Bermula dari situlah, saya mula minat memasak. Suami yang pandai makan jadi motivasi kepada saya...sekarang ni anak-anak pulak. Tapi mungkin juga disebabkan oleh darah allahyarham ayah yang mengalir dalam diri saya ini. Ayah saya seorang "tukang masak" ketika hayatnya tapi bukanlah "chef yang terkenal" macam chef Wan. Kalau di kampung ada kenduri kendara, ayah sayalah yang selalu menjadi ketua tukang masak. Semua resepinya disimpan dalam satu buku, tapi sayang seribu kali sayang..buku resepi tu hilang entah ke mana selepas dia meninggal dunia. Saya masih di sekolah rendah waktu itu. Puas dicari tapi tak jumpa. Alhamdulillah mak masih ada..so boleh lah tanya-tanyakan resepi pada mak. Mak pun tak ingat sangat resepi yang ayah selalu masak. Lagipun orang dulu-dulu memasak, tak ada sukatan tertentu macam kita sekarang. Diorang main campak-campak aje..hehehe..



Begitulah sedikit sebanyak cerita pasal saya dan memasak. Kita tunggu Bil dan Kasih punya cerita pulak. Sure diorang pun ada cerita tersendiri..

Kuzi Ayam Nik



Bahan-bahan:

1 ekor ayam dipotong 14 keping
3 paket rempah kuzi
20 biji bawang merah } A
2 biji bawang besar putih } A
1 sudu besar kicap manis
2 hingga 3 cubit saffron } B
3 ulas bawang putih } B
1 inci halia } B
Hati dan pedal ayam dipotong dadu
1/2 tin susu cair
2/3 botol sos tomato
Sedikit kismis,badam dan gajus
1 cawan minyak sapi
Minyak biasa untuk mengoreng ayam


Cara-cara:

1)Tumbuk bahan-bahan B dan lumur pada ayam dgn sesudu besar kicap manis
2)Bahan A digoreng asing2,angkat dan mesin separuh hancur.Boleh juga digantikan dgn bawang goreng yg siap dijual di kedai.Boleh dimesin separuh dan diramas separuh.Ketepikan.
3)Goreng ayam tadi dgn minyak yg dicampaur sedikit minyak api hingga tiga suku masak yg agak keemasan.
4)Goreng pedal dan hati ayam tadi yg telah siap digaul garam dan lada hitam.Angkat dan ketepikan.
5)Dalam minyak lain,gorengkan kismis hingga gelembong dan asingkan.Kemudian goreng gajus dan badam.Angkat.
6)Bancuh rempah dgn air.
7)Dalam periuk lain panaskan minyak sapi dan tumiskan rempah tadi hingga bangkit bau.
8)Masukkan air dalam 11/2 gelas dan kacau rata.Masukkan tomato sos bersama susu dan bawang yg telahpun digoreng.Kacau rata dan masukkan ayam yg telah siap digoreng tadi. Campur sedikit air asam jawa serta garam secukup rasa.Kacau perlahan2.Jika suka kuahnya agak cair boleh ditambahkan air lebih sedikit.
9)Bila kuah hampir mendidih masukkan hati dan pedal yg digoreng tadi dan juga kismis dan badam serta gajus.Hendaklah dikacau selalu tapi perlahan agar ayam tidak melekat di periuk.
10)Bila sudah berpalut dan mendidih padamkan api.


Note: Kuzi juga sedap digantikan dgn daging kambing.Jika gunakan daging kambing hendaklah dipotong kepingan yg besar2.Direbus hingga empuk dulu dgn sedikit garam,halia dan bawang putih.Masakan ini sedap dimakan dgn nasi beriani,nasi minyak dan juga dicicah roti.


Yesterday's Menu

Finally I had a chance to try on Sambal Goreng Paru posted by Kasih. It’s really tasty even though it didn’t look the same physically. Every person has different style of cooking, right? The appearance doesn’t matter as long as it’s SODAP (that’s what Kasih said..hehehe).. Kasih…thank you very much for sharing the recipe with me.. I tell you…it’s really delicious.


Paru..boiled to 3/4 cooked, diced and fried.


Red chillies, onions, garlics and lemon grass... sliced to small pieces and fried


Dried chillies, cashew nuts and belacan..blended together


Here's the result... SAMBAL GORENG PARU

SAMBAL GORENG PARU...Kasih's version


Yesterday we had sambal goreng paru with this sup sayur campur and plain rice. It's so yummy!!!


Sup Makaroni

Hari masak sup makaroni aje sebab dah jemu makan nasi tiap-tiap hari. Berselera nampaknya anak-anak makan. Lagipun sup ni mudah aje nak masak..tak perlu lelama kat dapur. Resepi ni asalnya dari arwah ibu mertua saya tapi saya dah modify sikit tapi rasanya tetap yummy. Husband saya pun suka sup makaroni ni. Waktu dia tinggal di Melbourne dulu, selalu jugak dia masak sup ni sebab mudah dan simple tapi kalau dia masak, sure dia letak cili giling banyak-banyak sebab dia suka pedas. Saya letak sikit aje sebab saya dan anak-anak tak berapa tahan pedas..


Bahan-bahan

500 gm makaroni
300 gm daging atau isi ayam (kalau nak letak udang pun boleh)
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
2 sudu rempah sup
1 cawan tomato soup
1 sudu besar cili giling
2 biji kentang
1 batang karot
sedikit halia
sedikit lada hitam
sedikit daun bawang
sedikit daun sup
sedikit bawang goreng

Cara memasak

1. Rebus makaroni hingga lembut kemudian toskan.
2. Daging dibersihkan dan dipotong kecil-kecil.
3. Bawang besar, bawang putih, halia dihiris halus-halus.
4. Kentang dan karot dipotong dadu (kecil-kecil)
5. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
6. Bila bawang telah garing, masukkan cili giling dan tomato soup. Biarkan sekejap hingga pecah minyak.
7. Masukkan rempah soup dan lada hitam. Tambah sedikit air jika perlu. Masukkan daging dan masak hingga daging empuk.
8. Masukkan kentang dan karot dan tambah air seperti buat sup biasa. Biarkan mendidih atau sehingga kentang empuk.
9. Masukkan garam secukup rasa dan tutup api.
10. Masukkan sedikit makaroni ke dalam mangkuk dan bubuh kuah soup. Hiaskan dengan daun sup, daun bawang dan bawang goreng di atasnya. Sedia untuk dimakan. Lebih sedap dimakan panas-panas.

Kerabu Taugeh



Kerabu Taugeh campur kerang, resepi dari ibu saya. Ketika saya masih tinggal bersama ibu saya (sebelum kawin), dia selalu buat kerabu ini kerana dia tahu saya amat menggemarinya. Tapi sejak kawin saya jarang buat kerabu ini kerana suami dan anak-anak tidak berapa suka. Namun sejak seminggu dua ini, saya mengidam sangat nak makan kerabu ini jadi hari ini saya cuba buat. Walaupun rasanya tentu tak sama dengan yang ibu buat tapi boleh la untuk melepaskan keinginan. InsyaAllah bila balik kampung nanti..boleh lah minta ibu tolong masakkan.. Dah rindu sangat masakan ibu...

Bahan-bahan

600gm taugeh
1kg kerang
3 biji bawang kecil
2 sudu besar sambal belacan
2 sudu besar kerisik
2 sudu besar santan pekat
1 biji limau nipis
sedikit garam


Cara membuatnya

1. Kerang dibersihkan dan direbus. Bila masak, ambil isinya.
2. Taugeh dibersihkan dan dicelur dalam air panas. Kemudian ditoskan.
3. Bawang kecil dihiris nipis-nipis.
4. Dalam sebuah bekas, campurkan kerang, taugeh dan bawang kecil yang telah dihiris. Masukkan sambal belacan, kerisik dan santan pekat. Kacau rata-rata. Masukkan garam dan perah jus limau. Gaul rata-rata. Dah siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..


Masakan hari ini..

Ini dia rupa Salada Mangga dan Papaya Hijau atau lebih dikenali dengan Sontam (bahasa Thai agaknya). Hari ini Bil cuba masak resepi yang ditulis oleh Kasih. Bagaimana rasa agaknya?? Hmm...Bil kata sedap!!! Nanti giliran saya pula untuk mencubanya..


Hari ini juga, saya masak kerutup ayam. Lama jugak tak masak kerutup ayam ni. Saya hanya pernah cuba sekali aje. Dah hampir lupa pun bahan-bahan dan cara memasaknya. Nasib baik ada simpan resepi dalam blog ni. Berselera suami saya makan kerutup ayam ni.. Makan dengan nasi putih aje..tapi laju aje dia makan...hehehe.. Lepas ni kena masak selalu-selalu lah namaknya.


Lepas sediakan masakan untuk lunch tengahari tadi, sambung pulak masak roti jala. Sebenarnya roti jala ni ada seorang kawan minta tolong buatkan. Dia nak makan sebelah petang. Hampir sejam setengah saya berdiri depan stove menebar jala...Aduhhh...penat bukan main tapi enjoy! Tengok hasil masakan menjadi...hilang rasa segala penat lelah...



Our lunch for today...


The above is Bil's lunch for today. She said the simplest menu ever for her kids. Simple ye Bil.. Takes time jugak tu nak memasak.. Agaknya tak sibuk sangat hari ni so dapatlah dia sediakan menu di atas. Terliur I tengok menu you ni Bil. Kalau rumah kita berdekatan macam dulu, I tak malu..mesti I mintak sikit nak rasa...hehehe.. Siap dengan hiasan bunga ros lagi.. Bunga ros tu boleh makan tak??? Kena minta resepi ni especially ayam masala berlada tu.. merah cantik aje rupa dia..




This is my lunch for today. Yang ni baru simple..hehehe.. Masak nasi dengan opor ayam aje. Ulam timun dan tomato tu tak payah masak..fresh. My kids suka sayur fresh lagi dari sayur yang dimasak. Indian pickle tu aRash kirim dari Singapura untuk Bil tapi Bil gave half to me..hehehe.. Thanks ye Bil and aRash..Sedap pickle tu tapi tak boleh makan banyak-banyak sebab masin dan masam. Dalam rumah ni I sorang aje yang makan pickle tu.. Surprise...my hubby pun tak makan..anak-anak apatah lagi.. Diorang bau pickle tu pun tak boleh..hehehe.. The smell is too strong... They couldn't stand it. I masak opor ayam lagi hari ni sebab hubby suka sangat. Seronok tengok dia makan.. siap dihirupnya kuah opor tu.. Berbaloi I penat memasak..dia makan hingga licin pinggan... :))




Respi Rempah Kurma

Bahan-Bahan:

1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu besar/makan ketumbar
sedikit lada putih
sedikit kas2

Cara:

Digoreng dan dimesin bahan2 ini.Bahan2 basah seperti bawang merah,bawang putih dan halia hanya disediakan bila sudah sedia untuk memasak.Jika mahu sdiakan rempah basah pun baleh dimesin semua sekali dan ditumis dgn sedikit minyak untuk tahan lama.Kurma boleh juga dipakai low fat milk sebagai ganti santan.Dan jangan lupa diperah sedikit ais asam limau untuk lebih menyedapkan lagi kurma kita.Ubi kentang,cili hijau,tomato buah,cili merah,dan bawang besar boleh digunakan sebagai hiasan dalam kurma.


Respi Rempah Beriani

Hi Tirana dan rakan rakan yang saya hormati.....Seperti yang saya janjikan pada Puan Tirana disini saya akan berkongsi sedikit respi bagaimana untuk membuat rempah sendiri.Sekarang kita semua nak senang tapi dgn mempelajari membuat sendiri rempah2 ia amat bermanafaat sekali buat kita terutama yang lama berada diluar negara dan juga yang akan berhijarah ke luar nrgara.Bak kata orang hujan emas dinegeri orang hujan betu dinegeri sendiri lebih baik negeri sendiri kan...Tiap semua negara2 yg kita lawati mewah seperti kita.Maksud mewah disni senag mendapati apa yg kita hajati dgn hanya kesebuah supermarket..Ok lets get on with this.Here im sharing my rempah secret with all my frens out there....


Bahan-bahan:

35 gm ketumbar
3 gm jintan putih (2 tsp)
3 gm jintan manis(2 tsp)
10 biji buah pelaga
10 biji bunga cengkih
1 biji buah pala
2 inci kulit kayu manis

Cara:

Goreng kesemua bahan2 tanpa minyak dan mesin atau giling hingga halus.Jika ingin gunakan yg serbuk kurangkan sedikit sukatannya.


Cornflake Rangup

Cukup mudah nak buat cookies ni.. Anak-anak tentu suka makan sebab ia betul-betul rangup. Kanak-kanak biasanya tidak berapa gemar plain cornflake sebab tasteless. Selain dari dimakan bersama susu, kalau ada lebihan cornflake, cubalah resepi ni. Rasanya yang manis-manis buah amat digemari oleh kanak-kanak. Dari kita bagi diorang makan junk food yang dibeli dari kedai, lebih baik kita buat sendiri.


Bahan-bahan

7 cawan cornflake
1/2 cawan almond (chopped)
1/2 cawan bijan
80ml minyak jagung mazola
80ml honey
4 sudu besar gula
sedikit ceri merah untuk hiasan (optional)
cawan kertas secukupnya

Cara memasak

1. Campur cornflake, almond dan bijan di dalam satu bekas dan kacau rata-rata.
2. Di dalam periuk, campurkan minyak jagung mazola, madu dah gula. Kacau di atas api yang kecil sehingga gula hancur.
3. Apabila gula telah hancur, tuangkan ke dalam campuran cornflake, almond dan bijan. Kacau rata-rata.
4. Masukkan ke dalam cawan kertas, hias dengan ceri merah dan susun di dalam dulang pembakar.
5. Bakar pada suhu 180^C selama 10 minit
6. Apabila sejuk simpan di dalam bekas yang kedap udara.