Lasagne Bolognese

Bahan-bahan
1 kotak instant lasagne (brand san romeo)

untuk sos daging:
350 gm daging cincang
1 tin kecil tomato puree
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - diparut kasar
500ml air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara memasak sos daging
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan lobak merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging bertukar warna menjadi perang.
3. Masukkan tomato puree dan biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan air dan masak sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam. Ketepikan.

untuk sos putih:
500ml susu segar
50gm mentega
50gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara memasak sos putih
1. Panaskan mentega hingga cair
2. Masukkan tepung, susu dan garam. Masak hingga pekat. Ketepikan.

Cara memasak lasagne
1. Di dalam loyang, letakkan sos putih. Lapiskan dengan instant lasagne diikuti dengan sos daging. Lakukan proses ini sehingga habis adunan.
2. Bakar pada suhu 200^C selama 30 minit.



Daging Malbari


Bahan-bahan

500gm daging - dibersih dan dipotong kecil-kecil
*20 biji bawang merah
*10 biji bawang putih
*1 inci halia
(*dicampur sekali dan dikisar)
2 sudu makan cili giling - boleh dilebihkan jika suka pedas
1 sudu makan jintan manis serbuk
1 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil garam masalla
3 sudu makan kicap pekat
air asam jawa, gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak

1. Perapkan daging bersama bahan-bahan lain selama setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging yang diperap tadi.
3. Kacau hingga mendidih dan pekat.
4. Sebelum diangkat dari api, rasa garam dan gulanya.

Nasi Beriani Kambing



Bahan-bahan


4 cawan beras basmati - basuh bersih
300 gm daging kambing (cubes with bones)
1 biji bawang besar (medium size) - dipotong dadu
1 biji tomato (medium size) - dipotong dadu
1 cawan plain yogurt
1 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
3 sudu besar jus limau nipis
4 sudu besar serbuk beriani kambing. (brand shan)
sedikit minyak/minyak sapi/mentega

Cara memasak

1. Didihkan air dan rebus beras sehingga tiga perempat masak. Angkat dan toskan airnya.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar. Goreng hingga bawang garing.
3. Masukkan halia, bawang putih dan daging kambing. Goreng sekejap kemudian masukkan rempah beriani dan yogurt. Kacau lagi.
4. Masukkan 2 cawan air dan biarkan mendidih sehingga daging kambing empuk.
5. Masukkan tomato dan jus limau nipis. Masukkan garam secukup rasa dan kacau sebentar dan tutup api.
6. Masukkan setengah daripada beras yang direbus tadi ke dalam rice cooker. Kemudian masukkan curry kambing yang dimasak tadi ke atas beras tersebut. Masukkan lebihan beras tadi supaya menutupi daging kambing. Kemudian masaklah nasi tersebut seperti biasa.
7. Sebelum dihidang, kacau dan balikkan nasi tersebut rata-rata.

Kari Kambing



Bahan-bahan


500gm kambing - dicuci bersih-bersih dan dipotong mengikut kesukaan.
5 biji kentang
1 biji bawang besar (small size) - dipotong dadu
5 sudu besar serbuk kari daging - dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
1/4 cawan tomato soup
kulit kayu manis
buah pelaga
*5 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*1/2 inci halia
(*dicampur sekali dan dikisar)
1 cawan santan cair
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji tomato - dibelah empat
garam
minyak masak
sedikit garam masala

Cara memasak

1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar. Masukkan buah pelaga dan kulit kayu manis.
2. Bila bawang besar garing, masukkan bahan-bahan yang dikisar. Biarkan hingga naik bau.
3. Masukkan pes rempah kari, garam masala diikuti dengan tomato soup. Biarkan hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging kambing dan kentang. Jika kering, tambahkan sedikit air. Masaklah hingga daging dan kentang empuk.
5. Masukkan santan, tomato dan cili dan biarkan mendidih.
6. Sebelum tutup api, masukkan garam secukupnya.

Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk sup

1 ekor ayam - dibasuh bersih dan dipotong empat.
1 bungkus sup bunjut
sedikit minyak
sedikit daun sup dan daun bawang - dipotong halus.

*5 biji bawang merah
*3biji bawang putih
*1/2 inci halia
(*bahan ini dicampur dan dikisar hingga lumat)

Cara memasak sup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling.
2. Bila bahan giling telah garing, masukkan air secukupnya dan sup bunjut. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ayam dan biarkan mendidih/ sehingga ayam empuk.
4. Angkat ayam dan toskan. Ayam ini untuk digoreng. Simpan air rebusan ayam ini secukupnya untuk masak nasi.
5. Masukkan garam secukupnya ke dalam air rebusan ayam yang berlebihan.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang dan tutup api.

Bahan-bahan untuk nasi

3 cawan beras basmati - dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disimpul
5-6 cawan air rebusan ayam
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
sedikit minyak

Cara memasak nasi

1. Masukkan beras, serai dan daun pandan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan halia.
3. Bila bahan tumis garing, tutup api dan curahkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
4. Masukkan air rebusan ayam dan sedikit garam ke dalam beras dan masaklah seperti biasa.

Bahan-bahan untuk ayam goreng

Ayam yang telah direbus
sedikit madu
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit minyak bijan

Cara memasak ayam goreng

1. Gaul semua bahan di atas dan perap selama 30 minit.
2. Goreng dengan api yang perlahan. Ayam yang diperap ini boleh juga dibakar.

Bahan untuk sos cili

5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
sedikit air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

Cara membuat sos

1. Kisar cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Campurkan air rebusan ayam.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Bahan untuk sos kicap

kicap manis
kicap masin
sedikit air rebusan ayam
sedikit minyak bijan
cili padi - dihiris (jika suka)

Cara membuat sos kicap

1. Satukan semua bahan di atas dalam sebuah bekas.
2. Kacau rata.


Kari Ikan Tenggiri (Mamak Style)





Bahan-bahan:


6 ketul ikan tenggiri - dibersihkan
4-5 sudu makan rempah kari ikan
1-2 sudu makan cili serbuk
5 ulas bawang merah - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
6 biji bendi (atau 2 biji terung bulat - dibelah enam)
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji cili hijau - dibelah dua
1 cawan santan
1 cawan air asam jawa
sedikit daun kari
sedikit halba campur
sedikit minyak masak

Cara memasak:

1. Serbuk rempah kari ikan dan cili serbuk dicampur dan dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
2. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur.
3.Bila bahan tumis telah garing, masukkan pes serbuk kari dan cili serbuk. Kacau hingga naik bau. Jika agak kering, bolehlah tambah sedikit air.
4. Masukkan bendi/terung diikuti dengan santan.Biarkan mendidih.
5. Bila telah mendidih masukkan ikan diikuti dengan air asam jawa.
6. Masukkan tomato, cili merah dan cili hijau.
7. Masak lagi hingga mendidih. Sebelum diangkat dari api, masukkan garam.