Friday, November 9, 2007

Nasi Ayam

Bahan-bahan untuk sup

1 ekor ayam - dibasuh bersih dan dipotong empat.
1 bungkus sup bunjut
sedikit minyak
sedikit daun sup dan daun bawang - dipotong halus.

*5 biji bawang merah
*3biji bawang putih
*1/2 inci halia
(*bahan ini dicampur dan dikisar hingga lumat)

Cara memasak sup

1. Panaskan minyak dan tumis bahan giling.
2. Bila bahan giling telah garing, masukkan air secukupnya dan sup bunjut. Biarkan mendidih.
3. Masukkan ayam dan biarkan mendidih/ sehingga ayam empuk.
4. Angkat ayam dan toskan. Ayam ini untuk digoreng. Simpan air rebusan ayam ini secukupnya untuk masak nasi.
5. Masukkan garam secukupnya ke dalam air rebusan ayam yang berlebihan.
6. Masukkan daun sup dan daun bawang dan tutup api.

Bahan-bahan untuk nasi

3 cawan beras basmati - dibasuh dan ditoskan
4 ulas bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/2 inci halia - dihiris halus
1 batang serai - dititik
2 helai daun pandan - disimpul
5-6 cawan air rebusan ayam
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
sedikit minyak

Cara memasak nasi

1. Masukkan beras, serai dan daun pandan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan halia.
3. Bila bahan tumis garing, tutup api dan curahkan bahan tumisan tadi ke dalam beras.
4. Masukkan air rebusan ayam dan sedikit garam ke dalam beras dan masaklah seperti biasa.

Bahan-bahan untuk ayam goreng

Ayam yang telah direbus
sedikit madu
sedikit sos tiram
sedikit kicap manis
sedikit minyak bijan

Cara memasak ayam goreng

1. Gaul semua bahan di atas dan perap selama 30 minit.
2. Goreng dengan api yang perlahan. Ayam yang diperap ini boleh juga dibakar.

Bahan untuk sos cili

5 biji cili merah
2 ulas bawang putih
sedikit air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya

Cara membuat sos

1. Kisar cili dan bawang putih hingga lumat.
2. Campurkan air rebusan ayam.
3. Masukkan garam dan gula secukupnya.

Bahan untuk sos kicap

kicap manis
kicap masin
sedikit air rebusan ayam
sedikit minyak bijan
cili padi - dihiris (jika suka)

Cara membuat sos kicap

1. Satukan semua bahan di atas dalam sebuah bekas.
2. Kacau rata.


0 comments: