If you think well, you cook well...

Lasagne Bolognese

Bahan-bahan
1 kotak instant lasagne (brand san romeo)

untuk sos daging:
350 gm daging cincang
1 tin kecil tomato puree
2 biji bawang besar - dipotong dadu
1 batang lobak merah - diparut kasar
500ml air
1 sudu teh serbuk lada hitam

Cara memasak sos daging
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan lobak merah sehingga kekuningan.
2. Masukkan daging cincang dan kacau hingga daging bertukar warna menjadi perang.
3. Masukkan tomato puree dan biarkan selama 5 minit.
4. Masukkan air dan masak sehingga kuah agak pekat. Masukkan garam dan lada hitam. Ketepikan.

untuk sos putih:
500ml susu segar
50gm mentega
50gm tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Cara memasak sos putih
1. Panaskan mentega hingga cair
2. Masukkan tepung, susu dan garam. Masak hingga pekat. Ketepikan.

Cara memasak lasagne
1. Di dalam loyang, letakkan sos putih. Lapiskan dengan instant lasagne diikuti dengan sos daging. Lakukan proses ini sehingga habis adunan.
2. Bakar pada suhu 200^C selama 30 minit.



Share:

2 comments:

Tyha said...

K Tyha dah buat dah resepi akak ni.Cuma Dlm sos putih tu Tyha tambah keju mozarella...ikut resepi lain ni.Lepas tu tomato puree ganti ngan tomato sup kimball.

Bila nak paste resepi lain ni?

Tirana said...

Resepi lain nanti bila ada masa, kak tirana masukkan ke sini. Sekarang ni tengah giler cuba resepi pasta and noodles. Kak tirana nak cari resepi carbonara. Hari tu makan kat kedai, anak-anak suka.