Daging Malbari


Bahan-bahan

500gm daging - dibersih dan dipotong kecil-kecil
*20 biji bawang merah
*10 biji bawang putih
*1 inci halia
(*dicampur sekali dan dikisar)
2 sudu makan cili giling - boleh dilebihkan jika suka pedas
1 sudu makan jintan manis serbuk
1 sudu makan ketumbar
1 sudu kecil garam masalla
3 sudu makan kicap pekat
air asam jawa, gula dan garam secukupnya
sedikit minyak untuk menumis

Cara memasak

1. Perapkan daging bersama bahan-bahan lain selama setengah jam.
2. Panaskan minyak dan goreng daging yang diperap tadi.
3. Kacau hingga mendidih dan pekat.
4. Sebelum diangkat dari api, rasa garam dan gulanya.

2 comments:

Tyha said...

Sedap nampak resepi akak ni.Tapi nak try x tahulah bila...;).Kak ada resepi Lasagna yang power x? keju tu kalau x taruk Parmesan,guna mozarella boleh x?

Tirana said...

Tyha, nanti kak tirana letak resepi lasagne...Tapi kak tirana rasa resepi yang akak ada ni tak guna cheese pun...Tapi kalau nak tabur kat atas boleh la agaknya.