If you think well, you cook well...

Nasi Jepun

Sudah lama rasanya saya tak masukkan resepi ke dalam blog ini. Masih banyak lagi resepi yang ingin dimuatkan di sini tapi saya tidak begitu berkesempatan. Untuk hari ini, saya masukkan resepi Nasi Jepun. Simple aje nasinya tapi sedap dan anak-anak saya menggemari nasi ini.

Bahan-bahan

3cawan beras
sedikit majerin
sedikit minyak masak
1 batang lobak merah - dipotong dadu
5-6 biji cendawan butang - dibelah dua
sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus

Bahan-bahan giling

*5ulas bawang merah
*3ulas bawang putih
*1/2inci halia
*Semua bahan ini dicampur dan dikisar sekali

Cara memasak
  1. Basuh beras bersih-bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan majerin dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan giling. Biarkan hingga kekuningan.
  3. Masukkan air mengikut sukatan beras dan biarkan mendidih.
  4. Bila air telah mendidih masukkan lobak merah dan cendawan butang.
  5. Beras yang telah ditoskan tadi, dimasukkan ke dalam rice cooker. Masukkan air yang mendidih tadi ke dalam rice cooker dan masaklah nasi seperti biasa.
  6. Ketika menghidang nasi, taburkan daun sup dan daun bawang di atasnya.

Note: Nasi Jepun boleh dimakan dengan apa-apa jenis lauk sekali pun....


Share:

4 comments:

samuraijack said...

cendawan dan karot...

yayy..kita suke..mesti sedap nasik jepun ni.. =)

Suhaiza Sa'at said...

bila nak boh resepi lain... tuan umah sibuk sgt ke? heheh

Tirana said...

Ada resepi nak diletakkan di sini tapi malas la nak menaip..hehehehe

Shahridzal Ibrahim said...

Pemalas..hehehhe...kidding je