If you think well, you cook well...

Nasi Jepun

Sudah lama rasanya saya tak masukkan resepi ke dalam blog ini. Masih banyak lagi resepi yang ingin dimuatkan di sini tapi saya tidak begitu berkesempatan. Untuk hari ini, saya masukkan resepi Nasi Jepun. Simple aje nasinya tapi sedap dan anak-anak saya menggemari nasi ini.

Bahan-bahan

3cawan beras
sedikit majerin
sedikit minyak masak
1 batang lobak merah - dipotong dadu
5-6 biji cendawan butang - dibelah dua
sedikit daun sup/daun bawang - dihiris halus

Bahan-bahan giling

*5ulas bawang merah
*3ulas bawang putih
*1/2inci halia
*Semua bahan ini dicampur dan dikisar sekali

Cara memasak
  1. Basuh beras bersih-bersih dan toskan.
  2. Panaskan minyak dan majerin dalam periuk dan tumiskan bahan-bahan giling. Biarkan hingga kekuningan.
  3. Masukkan air mengikut sukatan beras dan biarkan mendidih.
  4. Bila air telah mendidih masukkan lobak merah dan cendawan butang.
  5. Beras yang telah ditoskan tadi, dimasukkan ke dalam rice cooker. Masukkan air yang mendidih tadi ke dalam rice cooker dan masaklah nasi seperti biasa.
  6. Ketika menghidang nasi, taburkan daun sup dan daun bawang di atasnya.

Note: Nasi Jepun boleh dimakan dengan apa-apa jenis lauk sekali pun....


Share:

Birthday Cake!


Ini rupa birthday cake yang saya dapat dari DH dan anak-anak pada 10 Jan baru-baru ini. Dah hampir separuh kena makan..hehehe..Anak-anak yang makan. DH langsung tak makan sebab dia bukan penggemar kek. Saya pulak bergantung kepada jenis kek. Kek yang terlampau berkrim memang saya tak minat. Saya lebih suka plain kek. Tapi yang paling saya minati Cheese Cake yang tak berapa berkrim. Birthday cake ini DH beli dari secret recipe. Ada nama dia tapi saya tak ingat. Yang memilih kek ini ialah anak sulong sebab dia dah pernah makan kek ni dan menurutnya memang sedap...sebab tu sekali hadap aje dah hampir separuh diorang berempat kerjakan..hehehehe..Saya hanya makan sedikit aje sekadar ambil hati DH yang susah payah membeli..Walaubagaimanapun terimakasih pada DH yang sentiasa mengingati kedatangan hari lahir saya setiap tahun...
Share:

Masakan Terlebih Garam

Kadang-kadang bila memasak dalam keadaan kelam kabut dan hendak cepat, kita terlebih bubuh garam dalam masakan dan akhirnya makanan tersebut menjadi terlebih masin. Jangan risau, untuk mengatasi masalah terlebih garam dalam masakan, cubalah petua-petua di bawah ini :-
  1. Setelah masakan mendidih, tutup api dan periuk. Biarkan beberapa minit. Kemudian basuh tudung periuk tetapi jangan dikeringkan. Tutup semula masakan tadi. Rasa masin akan hilang dengan sendirinya.
  2. Potong dua atau tiga biji kentang berbentuk dadu. Masukkan ke dalam masakan termasin. Setelah kentang itu lembut, keluarkannya semula.
Note: Petua ini saya dapat dari seorang kawan. Saya sendiri belum pernah mencuba kerana setakat ini belum pernah terlebih garam dalam masakan. Yang pernah, cuma terlupa letak garam :-)




Share:

Pulut Kuning



Bahan-bahan:

4 cawan beras pulut
3 cawan pati santan
garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Beras pulut direndam semalaman bersama sedikit kunyit dan asam keping.
  2. Campurkan garam ke dalam santan.
  3. Basuh beras yang telah direndam itu bersih-bersih, buang asam keping kemudian dikukus.
  4. Bila beras telah empuk dan lembut, keluarkan dari kukusan dan masukkan ke dalam bekas.
  5. Curahkan santan sedikit demi sedikit ke atas beras yang telah dikukus tadi sambil digaul hingga sebati. Sedia untuk dimakan.
Pulut kuning sedap dimakan bersama rendang atau kari ayam/daging.
Share:

Sibuk Memasak di Malam Raya Haji..

Pada hari raya haji baru ni..ada kawan minta tolong masakkan nasi beriani, ayam ros dan dalca untuk 20 orang. Terkedu sebentar bila dia minta tolong...kesian..tapi masalahnya saya tak ada kelengkapan memasak seperti periuk besar dan sebagainya. Kemudian saya tanya dia kalau-kalau dia ada periuk besar yang boleh diguna...Kumpul punya kumpul segala kelengkapan memasak dia dan saya..akhirnya saya setuju..Sebenarnya tak sampai hati nak hampakan harapan orang...

Dalca

Bermula dari pagi Sabtu...Alhamdulillah DH sedia membantu pergi beli semua bahan..Bila dia bawa balik semua bahan..bermulalah kerja saya..bersihkan ayam dan bubuh garam kunyit. Lepas tu kupas bawang dan sebagainya..Petang Sabtu goreng ayam sambil blend semua perencah yang perlu diblend.

Nasi Beriani - Style Karachi

Ayam Ros

Kemudian after maghrib, saya berehat lalu tertidur sebab letih sangat. Lebihkurang pukul 12 tengahmalam, terjaga dan bangun solat isya'. After solat, bermulalah kerja masak memasak. Mula-mula masak dalca. Ayam ros (4 ekor) masak 2 kali - satu periuk 2 ekor..Ini lah bahananya bila tiada periuk besar. Nasi beriani pula 4 kali masak - satu periuk 6 cawan. Selesai memasak sebelum masuk subuh..Sebelum solat, sempatlah bersih-bersihkan dapur yang berselerak. Sebelum pergi ke masjid solat sunat raya, hantar dulu makanan ke rumah kawan..Sukanya dia..hehehehe..Dan saya pulak puas hati kerana dapat menunaikan harapan seorang kawan..walaupun penat dan mengantuk yang tak terhingga...Lagipun saya minat memasak..Inilah masanya saya mengasah bakat dan increase kepakaran memasak dalam kuantiti yang banyak. Lepas balik dari masjid, makan dan terus tidur sampai menjelang zuhur..Kalau inilah yang dapat dikatakan berkorban untuk seorang kawan...


Share:

Sotong Marsala

Bahan-bahan

1.5 kg sotong segar
50 gm bawang besar (dihiris)
50 gm bawang putih (dihiris)
30 gm halia (dihiris)
30 gm daun kari
30 gm serbuk jintan manis
30 gm serbuk jintan putih
30 gm serbuk ketumbar
20 gm serbuk kunyit
20 gm serbuk marsala
¼ liter tairu
2 biji tomato
2 tangkai cili hijau
20 gm daun bawang (dipotong kecil)
20 gm daun ketumbar (dipotong kecil)
½ liter minyak masak
Garam

Cara memasak
  1. Sotong disiang, dibersihkan dan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari hingga wangi.
  2. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih, serbuk cili, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk marsala dan kacau hingga harum baunya.
  3. Masukkan sotong dan kacau perlahan-lahan. Masukkan tairu dan garam secukup rasa.
  4. Setelah masak, masukkan pula tomato, cili hijau, daun bawang, daun ketumbar dan hidangkan bersama nasi panas.
Resepi ini diambil dari mesra.net
Share: