Pullao Rice



Ingredients:


500-750g mutton/beef/chicken - small cubes
500-750g (3-4 cups) Basmati rice - washed and soaked for 30 minutes.
1 tablespoon (20g) ginger paste
1 tablespoon (20g) garlic paste
1/2 medium-sized onion – slice
1 cup (200g) yougurt (plain) – whipped
1/2 cup milk
a bit of ghee/oil
3 tablespoon Pullao spices (shan’s brand)
a bit of salt

Preparation:
  1. In 1-2 glasses water add meat, ginger, garlic and Shan Pullao Biryani Spice Mix. Cover and boil on low heat until the meat is tender (when the meat is tender, about 1 cup of stock should remain in the pot.
  2. If less, add water. If more, increase heat to reduce it.
  3. Then pour the yogurt over the cooked meat.
  4. Separately: In 12 glasses of boiling water, stir in 2 tablespoons Shan Salt and then add the soaked rice. Boil the rice until more than half cooked. Remove from heat and thoroughly drain. Then mix the milk in the rice.
  5. Spread the rice over the meat. Then sprinkle dry food color over it. Make the ghee hot and fry sliced onion until golden. Sprinkle over the rice. Cover and cook on low heat until the rice is tender. Mix the meat and rice before serving.

Resepi ni diambil dari SINI tapi telah diubahsuai mengikut citarasa saya.

Kari Ayam Madura



Bahan-bahan

1 ekor ayam
1 cawan santan
3 biji kentang - dikupas dan dipotong empat)
2 biji limau nipis - di perah dan diambil jusnya
*2 sudu besar cili boh (boleh adjust ikut kepedasan yang disukai)
*5 sudu besar rempah kari daging
*dicampur sekali

Bahan-bahan giling

2 batang serai
1 inci lengkuas
1 biji bawang besar (medium size)
6 ulas bawang putih
sedikit kunyit hidup
sedikit buah keras

Bahan-bahan tumis

sedikit daun kari
sedikit halia - dihiris halus
kulit kayu manis

Cara memasak
  1. Ayam dilumur garam kunyit dan diperap selama 15 minit
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis. Masukkan bahan giling. Biarkan garing.
  3. Masukkan campuran rempah kari dan cili boh. Biarkan hingga naik minyak.
  4. Masukkan ayam dan kentang. Biarkan hingga ayam dan kentang empuk. Perlahankan api.
  5. Bila telah empuk masukkan santan dan jus limau nipis.
  6. Masak hingga pecah minyak dan masukkan garam sebelum diangkat dari api.

Ayam Golek



Bahan-bahan

1 ekor ayam
1cawan santan pekat
4 sudu besar kerisik
beberapa helai daun limau purut
*5 sudu besar cili giling (boleh tambah atau kurang mengikut tahap kepedasan yang disukai)
*4 sudu besar serbuk ketumbar
*1 sudu besar garam masala
*combine tiga bahan ini dan dibancuh dengan sedikit air untuk jadikan paste

Bahan-bahan giling

1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
4 batang serai

Cara memasak
  1. Ayam dibelah dua, dicuci bersih, dibubuh garam kunyit dan digoreng hingga masak
  2. Tumis semua bahan giling. Bila naik bau masukkan campuran serbuk ketumbar, cili kering dan garam masala.Biarkan sekejap hingga garing dan naik minyak
  3. Masukkan santan. Biarkan mendidih
  4. Bila santan mendidih, masukkan kerisik dan daun limau purut.
  5. Akhir sekali, masukkan ayam. Didihkan perlahan-lahan hingga pecah minyak dan kuahnya menjadi agak pekat. Sebelum tutup api, rasa garam.

Biskut Makmur

Bahan-bahannya:

600gm tepung gandum
1 ketul (250gm) mentega
3 biji telur
minyak sapi secukupnya (lebih kurang 1 tin kecil)
500gm kacang tanah
gula secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Gaul tepung, telur dan mentega hingga rata.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi lembut (doh)
3. Kacang tanah di kisar bersama gula dan dikepal menjadi bentuk bujur
4. Bungkus kacang yang telah dibentuk tadi dengan doh.
5. Bakar dengan suhu 170^C selama 15 minit atau sehingga kekuningan.
6. Salutkan biskut yang telah sejuk dengan gula aising atau gula halus

Note: Resepi dari simpanan allahyarhamah MIL

Choco Chip Spotties



Bahan2nya:


1 biji telur
1 tsp vanilla

Bahan A

150 gm butter
150 gm gula castor/gula aising

Bahan B - disebatikan

1 cawan coklat chip
2 cawan corn flake - dihancurkan tapi jgn terlalu hancur
1 cawan badam cincang

Bahan C - diayak sekali

1 1/2 cawan self raising flour
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda

Cara membuatnya:
  1. Pukul bahan A hingga gebu.
  2. Masukkan telur dan vanilla dan pukul 1/2 minit lagi.
  3. Masukkan adunan C.
  4. Masukkan adunan B dan kacau hingga rata.
  5. Dengan menggunakan sudu, ceduk adunan(anggaran 1 sudu) dan letakkan di atas loyang yang telah disapu dengan butter.
  6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 160 degree celcius selama 15 minutes atau sehingga kekuningan.
Note: Resepi asal adalah dari Chef Wan tapi saya telah modify sedikit. Cookies ini menjadi kegemaran anak-anak.

Nasi Tomato



Bahan-bahan

3 cawan (cawan rice cooker) beras basmati - dibasuh bersih-bersih dan di toskan sehingga kering airnya
3 sudu makan tomato puree } bahan2 ini boleh ditambah atau dikurangkan
1 senduk kecil tomato soup } mengikut selera kita
sedikit minyak sapi
sedikit minyak masak
sedikit daun pudina
sedikit garam

Bahan-bahan dikisar - campur semua sekali dan blend

5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
sedikit halia

Bahan-bahan tumis

sedikit buah pelaga
sedikit kulit kayu manis
sedikit bunga lawang
sedikit bunga cengkih

Bahan-bahan hiris

Sebiji bawang besar
Cara memasak
  1. Beras yang telah ditoskan tadi dimasukkan ke dalam rice cooker.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis dan bahan hiris. Bila telah kuning, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan tomato puree dan tomato soup. Kacau sampai naik minyak.
  4. Masukkan 5-6 cawan air (cawan rice cooker) dan biarkan ia mendidih.
  5. Bila telah mendidih, masukkan garam dan daun pudina.
  6. Masukkan bahan yang mendidih ini ke dalam rice cooker yang mengandungi beras.
  7. Masaklah seperti biasa.
  8. Bila telah masak, kacau supaya warna merahnya sekata.

Note: Ini cara orang malas buat nasik tomato..Kalau suka boleh guna air rebusan daging untuk gantikan air biasa. Ada jugak yang gunakan sedikit santan atau susu tapi saya selalunya guna air biasa saja (untuk kurangkan lemak dan kolesterol). Minyak sapi pun kadang2 tak guna sebab high kolesterol.

Fudge Topping

Bahan-bahan

225gm icing sugar (boleh kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 tablespoon cocoa (boleh diganti dengan cooking chocolate)
75gm butter
3 tablespoon milk
75gm caster sugar (optional)- biasanya kak tirana tak bubuh yang ni sebab manis sangat

Cara memasak
  1. Ayak icing sugar dan cocoa ke dalam satu bekas yang tahan panas.
  2. Masukkan butter, milk dan sugar ke dalam periuk dan panaskan periuk dengan api yang kecil. (Kalau guna cooking chocolate, masukkan sekali ke dalam periuk.)
  3. Biarkan campuran mendidih selama 1 minit kemudian padamkan api.
  4. Masukkan campuran ini ke dalam bekas yang mengandungi campuran icing sugar dan cocoa.
  5. Kacau hingga semuanya sebati kemudian dipukul sehingga ringan dan kembang.
  6. Bubuh segera ke atas kek coklat yang telah sejuk. Ratakan dan biar selama lebihkurang 2 jam sebelum dimakan.(kalau pada suhu bilik)

Kuah Laksa Penang

Bahan-bahan

600gm ikan kembung
Cili giling (ikut rasa)
1 biji bawang besar
sedikit belacan
beberapa keping asam gelugor
daun kesum
bunga kantan

Cara memasak

Rebus ikan (dengan sedikit air) di dalam periuk sampai masak. Angkat ikan dan kemudian asingkan isi dengan tulang. Air rebusan ikan jangan dibuang. Isi ikan kemudiannya dikisar. Masukkan semula isi ikan yang telah dikisar itu kedalam periuk tadi. Tulang dan kepala ikan dikisar dan ditapis. Masukkan hasil tapisan ke dalam periuk yang sama. Cili, bawang besar dan belacan dikisar hingga lumat dan dimasukkan ke dalam periuk yang sama. Masak campuran di atas api. Masukkan asam gelugor, daun kesum dan bunga kantan. Masak hingga kuah mendidih. Kalau pekat, tambah air. Kalau cair, masakkan hingga kuah agak pekat. Sebelum tutup api, rasa asam dan garamnya.


Kuih Lompang

Bahan-bahan

2 cawan tepung beras - dicampur dengan 2 cawan air (kacau hingga sebati)

1 3/4 cawan gula merah - dimasak hingga mendidih dengan 2 cawan air (letakkan sedikit daun pandan)

Sedikit kelapa parut (putih) - digaul dengan sedikit garam.

Cara memasak
  1. Gula merah yang sedang mendidih dituangkan serta merta ke dalam adunan tepung (kacau supaya tidak berketul) kemudian tapis.
  2. Sediakan kukusan dan cawan lompang. Biarkan cawan dan kukusan mendidih selama 3 minit. Kemudian masukkan campuran tepung dan gula ke dalam cawan dan kukus selama lebihkurang 15 minit. Kalau tidak ada cawan lompang, boleh jugak guna loyang.
  3. Apabila telah sejuk, keluarkan dari cawan dan tabur kelapa parut.

Note: Setiap kali sebelum masukkan campuran tepung, biarkan cawan atau loyang panas di dalam kukusan selama 3 minit supaya tidak melekat.

Sate goreng

Bahan-bahan

Daging- dipotong agak nipis

*bawang merah
*bawang putih
*serai
*lengkuas
*halia

*Campur semua dan dikisar

lada hitam atau lada putih
kunyit
garam
gula

Cara memasak

Gaulkan daging dengan bahan2 di atas dan perap selama beberapa jam. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan goreng daging yang diperap hingga kering.

Ayam goreng sultana



Bahan-bahan

1/2 ekor ayam - dibubuh garam kunyit dan digoreng separuh masak.

*4 ulas bawang putih
*10 ulas bawang merah
*2 sudu besar cili boh - kalau nak pedas boleh tambah
*6 sudu besar golden kismis
* campur semua dan di kisar.

Cara memasak

Panaskan minyak. Masukkan bahan yang dikisar. Biar hingga naik bau kemudian masukkan ayam. Kacau hingga rata. Kalau agak kering, masukkan sedikit air. Masukkan garam secukup rasa. Masakan ini agak kering dan tidak berkuah.

Krip



Bahan-bahan

3 biji telur
2 sudu besar gula
1 cawan susu segar
3/4 cawan tepung gandum
2 sudu besar butter (dicairkan)
1 sudu teh esen vanila

Cara memasak
  1. Pukul telur dan gula hingga gula hancur
  2. Masukkan butter cair, susu dan esen vanila. Kacau hingga sebati
  3. Masukkan tepung. Kacau lagi hingga rata.
  4. Tapis adunan.
  5. Panaskan non stick pan.
  6. Ambil satu senduk besar adunan dan tuangkan ke dalam pan kemudian lenggang kan pan tersebut untuk menipiskan adunan.

Biskut Almond

Bahan-bahan

200 gm butter
120 gm castor sugar/icing sugar
320 gm tepung gandum
2 biji kuning telur
1 tsp baking powder
2 tsp esen vanila
Badam biji secukupnya (roasted)
Badam cincang secukupnya (roasted)
Coklat masakan

Cara memasak
  1. Tepung gandum diayak bersama baking powder
  2. Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila. Putar lagi hingga sebati.
  3. Masukkan tepung dan gaul sampai rata.
  4. Ambil adunan sebesar guli dan bubuh badam biji ditengah2 dan tutupkan badam itu serta bulat2kan. Letakkan di atas loyang yang disapu dengan sedikit mentega. Ulangi proses ini sehingga adunan habis.
  5. Bakar adunan pada suhu 160^C selama 15 min.
  6. Tunggu sehingga biskut ini sejuk sebelum disalut dengan coklat masakan yang telah dicairkan.
  7. Salut biskut dengan coklat cair. Letakkan dalam paper cup dan taburkan badam cincang di atasnya.

Tart Nenas



Bahan-bahan

250gm butter
3 cawan tepung gandum - diayak
1 biji telur
1/2 sudu kecil vanilla
secubit gram
jam nenas
kuning telur

Cara memasak
  1. Pukul butter, vanilla, garam dan telur hingga kembang.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan adun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
  3. Bentuklah adunan mengikut kesukaan sendiri dan masukkan sedikit jam nenas ke dalamnya.
  4. Sapukan dengan kuning telur. Bakar pada suhu 170^C selama 15 minit.

Note: Resepi dari Linda

Kari Udang Thai



Bahan-bahan

300gm udang (medium saiz) - dibuang kepala dan ekor dan dibasuh bersih-bersih . Toskan.
1/2 cawan santan
1 biji limau nipis - diambil airnya
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji cili merah - dibelah dua
Garam secukup rasa

*6 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*2 batang serai
*6 biji cili merah (kalau suka pedas, boleh tambah sedikit cili padi
*Bahan-bahan ini dikisar sekali sampai halus

Cara memasak
  1. Panaskan periuk dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Biarkan garing dan naik baunya.
  2. Masukkan udang dan kacau rata.
  3. Masukkan santan, tomato dan cili merah. Biarkan mendidih dengan api yang perlahan dan kuahnya agak pekat.
  4. Sebelum angkat, masukkan air limau nipis dan garam.

Biskut Arab



Bahan-bahan

250gm tepung gandum - digoreng tanpa minyak dan diayak
250 gm gula debu
minyak sapi secukupnya (lebihkurang 250gm)

Cara memasak
  1. Gaul tepung dan gula hingga sebati di dalam mangkuk.
  2. Tambahkan minyak sapi sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang agak lembut.
  3. Bentuklah adunan bulat-bulat sebesar guli dan letakkan di dalam paper cup. Bakar dengan suhu 170^C selama lebihkurang 15 minit.

Brownies



Bahan A

1 cawan susu cair
1 cawan butter cair
1 cawan air panas
2 cawan gula perang [brown sugar]

Bahan B [kacau rata]

2 biji telur gred B
1 s/k esen vanilla

Bahan C [ayakkan]

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat

Cara memasak
  1. Panaskan oven pada suhu 175^C selama 10 minit.
  2. Kacau bahan A supaya sebati.
  3. Masukkan bahan B.acau rata.
  4. Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
  5. Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
  6. Bakar selama 45 - 50 minit.
  7. Sejukkan kek dan salutkan dengan kerim coklat.

KERIM COKLAT

Bahan-bahan

250 gm cooking coklat [cap tulip]
1 s/b butter/majerin
1 s/k susu cair

Cara memasak
  1. Panaskan coklat dalam periuk/bekas secara double boil.
  2. Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
  3. Masukkan susu cair dan kacau lagi.
  4. Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.
Note: Resepi dari IndahKasturi

Sweet Sour Ikan Siakap



Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap - disiang dan dicuci bersih-bersih, dibubuh garam kunyit dan lumurkan dengan sedikit tepung gandum untuk mengelak dari melekat ketika menggoreng.
5 ulas bawang merah} dicampur dan dikisar
3 ulas bawang putih }
1 labu bawang besar - dibuang kulit dan dipotong bulat
5 sudu besar sos tomato
5 sudu besar sos cili
garam secukup rasa
sedikit gula

Cara memasak
  1. Ikan yang telah disalut garam kunyit dan tepung digoreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang dikisar. Biarkan hingga garing dan naik bau.
  3. Masukkan sos tomato dan sos cili. Kacau. Jika agak pekat, tambah sedikit air.
  4. Masukkan bawang besar, garam dan gula. Biarkan hingga bawang layu.
  5. Angkat dan curahkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi. Jika suka bolehlah hias dengan tomato dan daun salad.

Roti Jala




Bahan-bahan

1 kg tepung gandum
4 - 5 biji telur
1 cawan minyak
4 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning
9 cawan air

Cara memasak

Campur semua bahan ke dalam mangkuk besar. Tambah air sedikit demi sedikit dan kacau adunan hingga sebati. Adunan yang telah sebati hendaklah ditapis. Panaskan kuali (non stick pan). Masukkan adunan yang telah ditapis ke dalam acuan roti jala dan tebarkan di atas kuali yang panas. Biarkan sebentar. Angkat roti jala yang telah masak dan lipatlah mengikut kesukaan sendiri..

Note: Resepi di atas menghasilkan 80 - 100 keping roti jala.

Roti Jala


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum - di ayak
2 1/4 cawan air
1 biji telur
1/4 cawan minyak
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning

Cara memasak

Masukkan tepung, telur, minyak, air dan garam ke dalam mangkuk besar. Sebatikan bahan2 tersebut menggunakan mixer. Masukkan pewarna kuning dan kacau sampai adunan tidak berketul. Kalau masih berketul, adunan itu hendaklah ditapis terlebih dahulu. Panaskan non-stick pan. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala dan tebarkan adunan tersebut di atas kuali panas. Bila telah masak, angkat dan lipat roti jala itu mengikut kesukaan anda dan ulangi proses sehingga adunan habis.

Note: Resepi di atas menghasilkan lebihkurang 15 - 20 keping roti jala. Untuk kuantiti yang lebih banyak sila lihat resepi selepas ini. Dibawah ini demonstrasi menebar roti jala. Roti jala sedap dimakan dengan kari ayam/daging atau bamia (sila lihat resepi sebelum ini).



Kuali leper untuk tebar roti jala



Bamia



Bahan-bahan

300gm daging - dibasuh dan dipotong ikut suka
1 cawan santan
3 biji ubi kentang(medium saiz) - dibuang kulit dan dibelah 4
5 biji bendi - buang pangkal dan hujungnya
1 biji tomato - dibelah empat
1 biji cili merah - dibelah dua
1 senduk tomato soup
sedikit minyak sapi atau minyak masak biasa
garam secukup rasa

Bahan-bahan tumis

1 biji bawang besar }
3 biji bawang putih } dicampur sekali dan dikisar halus
1/2 inci halia }
kulit kayu manis
buah pelaga
bunga cengkih

Bahan rempah

2 sudu besar rempah kari }
1 sudu besar serbuk jintan manis } dicampur sekali dan tambah sedikit air untuk jadikan paste
1 sudu besar serbuk jintan putih }
sedikit garam masala (optional) }

Cara memasak
  1. Panaskan minyak di dalam periuk dan tumis bahan-bahan tumis. Setelah bahan tumis kuning dan berbau wangi, masukkan bahan rempah dan tomato soup. Biarkan hingga naik minyak.
  2. Kemudian masukkan daging dan ubi kentang. Kalau agak kering , boleh tambah sedikit air. Didihkan perlahan-lahan hingga daging dan kentang empuk.
  3. Bila daging dan kentang telah empuk, masukkan santan, bendi, tomato dan cili. Biarkan ia mendidih di atas api yang sederhana. Sebelum api ditutup, tambahkan garam secukup rasa.

Note: Bamia ialah sejenis masakan arab. Sedap dimakan dengan sebarang roti dan roti jala.

Mee Jawa

Bahan-bahannya:

1/2 kg mee kuning - dicelur

Bahan hiasan

1/2 kg taugeh - dicelur
4 biji terlur - direbus,dibuang kulit dan dihiris nipis2
3 keping tauhu - digoreng dan dipotong nipis2
2 biji cili merah - dipotong
bawang goreng
daun bawang
isi ayam/daging yang telah direbus

Bahan untuk kuah

1/2 tin tomato soup
1 liter air rebusan ayam/daging
1 sudu besar coriander(serbuk ketumbar)
2 biji ubi keledek - direbus dan dilenyek
sedikit minyak
garam secukup rasa
sedikit gula

Bahan-bahan kisar

10 biji cili kering
2 biji buah keras
sedikit kunyit hidup
sedikit lengkuas

Cara memasak kuah

Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar sehingga wangi. Tambahkan ketumbar, sup tomato, air rebusan ayam/daging, ubi keledek yang telah dilenyek, garam dan gula secukup rasa. Setelah mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh.

Cara menghidang

Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Taburkan bahan hiasan dan bubuh kuah. Sedap dimakan ketika masih panas.

Daging Masak Mamak



Bahan-bahan:

500g daging
- dibasuh dan dipotong, terpulanglah nak potong macam mana tapi jangan terlalu kecil dan jangan terlalu nipis.

Bahan A

2 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil serbuk kas2
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang - ditumbuk halus
- semua bahan dicampur sekali

Bahan B

6 biji bawang merah
6 biji bawang putih
2 tangkai(bukan dua helai!) daun kari
- semua bahan dikisar sekali.

1 biji cili hijau - dibelah dua
1 biji cili merah - dibelah dua
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 tangkai daun kari
sedikit gula(optional)
garam secukup rasa
1/4 cawan air asam jawa
3 sudu besar kicap manis(cap kipas udang)
minyak secukupnya

Cara memasak:
  1. Masukkan daging ke dalam satu bekas. Masukkan bahan A, bahan B, gula dan air asam jawa. Gaul rata-rata kemudian perapkan selama 1/2 - 1 jam.
  2. Panaskan minyak dalam kuali besar kemudian masukkan daging yang telah diperap tadi. Masukkan sedikit air. Masakkan hingga daging empuk.
  3. Bila daging empuk, masukkan kicap dan garam secukupnya. Masak lagi sehingga agak kering.
  4. Kemudian masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau dan daun kari dan masak lagi sehingga semuanya layu.
  5. Masakan ini agak kering tapi kalau nak biarkan berkuah pun ok jugak...

Ayam Masak Ros



Bahan-bahan:

1 ekor ayam yang sedang - dibasuh dan dipotong lapan

Bahan A

6 tangkai cili kering
4 biji cili hidup(merah)
- di kisar halus. Ikut rasa, kalau suka pedas tambah dan sebaliknya

Bahan B

1 inci halia
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
-dikisar sekali

Bahan C

1 camca besar serbuk jintan manis
1 camca besar serbuk jintan putih
1 camca kecil serbuk kas2
1 camca kecilserbuk lada putih
-dicampur sekali dan dijadikan paste

Bahan D

5 biji badam
5 biji gajus
- digiling lumat

Bahan E

6 ulas bawang merah -dihiris
5 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
- bahan untuk menumis

Bahan F

3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar tomato soup
-dicampur sekali

2 biji limau lipis(optional)
1 cawan santan
minyak sapi secukupnya
garam secukup rasa
sedikit daun pudina
1 biji tomato - dipotong empat

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak sapi dalam periuk, tumis bahan E.
  2. Bila bahan tumis telah garing, masukkan bahan B. Masak lagi sampai garing.
  3. Masukkan bahan C, bahan A, bahan F dan bahan D. Masak hingga naik minyak dan baunya.
  4. Masukkan ayam. Kacau dan biar sekejap.
  5. Masukkan santan.
  6. Masukkan daun pudina dan tomato
  7. Masukkan garam
  8. Biarkan ia mendidih perlahan-lahan sampai pecah minyak.
  9. Sebelum diangkat masukkan jus limau nipis

Dalca



Bahan-bahan:


1kg tulang lembu/kambing
200g daging lembu/kambing
**daging dan tulang di basuh dan direbus sampai empuk. Kalau nak cepat, rebus dalam pressure cooker. Semasa merebus jangan guna terlalu banyak air, agak2 boleh daging dan tulang empuk.

5 biji ubi kentang - dikupas dan dipotong empat
1 batang carrot - dikupas dan dipotong memanjang
10 batang kacang buncis - dipotong anggaran 1 inci
2 biji cii merah - dibelah dua
2 biji tomato - dibelah empat

300 g kacang dal - direbus sampai empuk. Masa merebus bubuh 1 sudu kecil kunyit serbuk. Bila air hampir kering dan kacang dal telah empuk, lenyek2kan dengan senduk supaya kacang dal tadi hancur sedikit.

2 sudu makan serbuk jintan putih
2 sudu makan serbuk jintan manis
3 sudu makan serbuk cili - ikut rasa, kalau nak pedas tambah, kalau tak mau pedas, kurangkan.
**Campur semua bahan rempah ini dalam satu bekas dan tambah air untuk jadikan ia paste.

7 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
**semua ni dikisar halus.

5 ulas bawang merah - di hiris
2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 bunga lawang
3 bunga cengkih
**semua bahan ni untuk menumis

3/4 cawan soup tomato (optional)
1 cawan air asam jawa
1 cawan santan
garam secukup rasa.
minyak secukupnya

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam periuk. Kalau dapat pakai periuk tanah, lagi best. Tumiskan bahan tumis.
  2. Bila bahan tumis garing, masukkan bahan kisar. Biar sampai naik baunya.
  3. Kemudian masukkan bahan rempah. Tumis sampai bahan rempah betul2 masak. Kalau kering sangat, masukkan sedikit air
  4. Masukkan tomato soup
  5. Masukkan tulang dan daging berserta dengan air rebusan tadi.
  6. Masukkan ubi kentang. Biar sampai ubi empuk.
  7. Bila ubi telah empuk, masukkan carrot, kacang buncis, cili dan tomato.
  8. Masukkan santan. Biar mendidih sekejap.
  9. Apabila telah mendidih, masukkan kacang dal diikuti dengan air asam jawa.
  10. Masukkan garam secukup rasa.
  11. Biarkan ia mendidih perlahan2 di atas api yang kecil.

Nasi Bukhari

Bahan-Bahan:

4 tin susu beras
4 tin susu air
1 ekor ayam (dipotong kecil dan digoreng hingga masak)
1 tin kecil minyak sapi
1 tin susu cair
4 sm halia (dihiris)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (dimayang halus)
10 ulas bawang merah atau 4 labu bawang besar (digiling)
10 ulas bawang putih (digiling)
8 kuntum bunga cengkih 5 biji buah pelaga
6 sm kulit kayu manis
7 biji buah badam - roasted (optional)
3 biji buah tomato
2 camca besar serbuk jintan manis
2 camca besar serbuk jintan putih
4 camca besar serbuk ketumbar
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Cara memasak:

Jintan manis, jintan putih dan ketumbar digiling hingga lumat. Bawang merah, bawang putih dan halia digiling lumat. Bawang besar dan tomato dimayang bulat. Panaskan minyak sapi, tumiskan bahan rempah yang telah digiling bersama cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga, bawang besar dan tomato. Setelah itu masukkan ayam goreng sambil dikacau hingga rata. Masukkan susu cair, air dan daun pudina serta garam secukup rasa. Apabila mendidih masukkan beras dan masaklah hingga kering. Kemudian masukkan buah badam sebagai hiasan.

Ikan masak lada

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan (tak kira ikan apa) - dibersihkan, bubuh garam kunyit dan digoreng
1 labu bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili hijau - dihiris memanjang
1 biji cili merah - dihiris memanjang
Sedikit asam jawa - di perah ambil airnya
Sedikit gula
Garam secukup rasa
Sedikit kunyit serbuk(optional)

Blend bahan2 berikut:

2 sudu teh lada hitam
2 sudu teh jintan putih
1/4 inci halia
6 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah

Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang telah diblend hingga garing.
  2. Kalau suka masukkan sedikit kunyit serbuk.
  3. Masukkan air asam jawa. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan ikan, bawang besar, cili merah, cili hijau.
  5. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuahnya agak pekat.

Note: Sesuai untuk ibu yang dalam pantang. Boleh juga gantikan ikan dengan hati, limpa, daging atau ayam. Orang yang bukan dalam pantang pun boleh makan. Kalau tak makan pedas, kurangkan lada hitam.

Ikan bilis goreng kicap

Bahan-bahannya:

200g ikan bilis
1 labu bawang besar (medium sized) - dibelah empat dan dipotong nipis
1 biji cili hijau - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 biji limau nipis - diperah airnya
2 sudu besar kicap manis

Cara membuatnya:
  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Basuh ikan bilis kemudian goreng.
  2. Apabila ikan bilis telah garing, masukkan bawang besar, cili hijau dan cili merah.
  3. Masukkan kicap dan air limau nipis.
  4. Kacau sebentar dan tutup api.

Badam bersalut coklat

Bahan-bahannya

250gm coklat putih
250gm sliced almond - roasted
colourful bubble rice - utk hiasan
small paper cups - sediakan secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Coklat putih dicairkan menggunakan double boiler. Setelah cair alihkan dari api.
  2. Masukkan roasted slice almond dan kacau rata.
  3. Ambilkan sedikit campuran tersebut dgn menggunakan sudu kecil dan masukkan ke dalam paper cup.
  4. Taburkan bubble rice di atasnya sebagai hiasan.
  5. Biarkan sejuk. Boleh jugak kalau nak masukkan ke dalam peti ais.
  6. Bila sejuk bolehlah dimakan atau disimpan dalam bekas kedap udara.

Meat Pie

Bahan2 untuk inti pie

750g minced meat
1 1/2 cawan bread crumb
2 biji bawang besar
1/4 cawan air
1 camca teh soy sauce
2 camca besar tomato sauce
2 camca besar finely chopped parsley
sedikit garam
sedikit lada sulah
sedikit minyak

Cara memasak inti pie
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang hingga layu.
  2. Masukkan minced meat dan kacau hingga daging masak. Sekiranya agak kering, bolehlah masukkan air.
  3. Kemudian masukkan soy sauce, tomato sauce, parsley, garam dan lada sulah. Kacau lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan bread crumb. Kacan hingga rata.
  5. Tutup api dan ketepikan.

Bahan untuk pastri

2 1/2 cawan tepung gandum
90 g mentega
1 camca teh garam
1/2 cawan air
1 biji telur - diasingkan putih dan kuning.

Cara membuat pastri
  1. Ayak tepung dan garam ke dalam sebuah mangkuk besar. Buat lubang di tengah2 dan masukkan kuning telur. Tutup lubang dengan tepung.
  2. Didihkan mentega dan air. Masukkan ke dalam tepung dan telur tadi.
  3. Kacau campuran dengan senduk kayu cepat-cepat hingga adunan menjadi rata.
  4. Apabila adunan agak sejuk gunakan tangan untuk menguli. Ulilah hingga menjadi doh. Biarkan selama 30 minit.
  5. Ambil 2/3 dari pastri itu kemudian canaikan. Canaikan doh hingga boleh menutupi dasar dan tepi acuan yang berukuran lebih kurang 7''
  6. Sapukan sedikit telur putih pada doh itu kemudian masukkan inti pie tadi.
  7. Canaikan pastri yang selebihnya untuk menutupi inti pie di bahagian atas.
  8. Tekan di bahagian tepi pie dengan menggunakan garfu.
  9. Sapukan putih telur di bahagian atas dan cucuk2 di bahagian atas dengan garfu untuk membuat lubang supaya wap dari inti pie tadi boleh keluar ketika proses membakar.
  10. Bakar dalam oven bersuhu 170 darjah celsius hingga pie masak - bahagian atas pie menjadi kekuning-kuningan. Sejukkan sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan.

Shepherd's Pie



Bahan-bahannya


400 gm minced meat
1 batang carrot (big size) - diparut kasar
1 labu bawang besar (medium size) - dipotong dadu
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap
1 sudu besar sos worchestershire
2 sudu besar tepung gandum
sedikit minyak

4 biji ubi kentang(medium size) - direbus sampai empuk
2 sudu besar butter
150ml susu
sedikit lada sulah
1 biji kuning telur - dipukul sedikit

Cara membuatnya
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar.
  2. Bila bawang telah layu, masukkan minced meat. Kacau sebentar hingga daging masak.
  3. Masukkan carrot. Kacau lagi.
  4. Masukkan sos tomato, kicap dan sos worcestershire. Kacau rata.
  5. Rasa garam. Kalau kurang masin, tambah sedikit garam.
  6. Taburkan tepung gandum dan kacau rata-rata. Tutup api dan ketepikan.
  7. Panaskan susu dan mentega dalam satu bekas. Jangan sampai mendidih, cukup setakat mentega cair saja.
  8. Ubi kentang yang telah direbus, buang kulit dan dilenyekkan. Kalau nak mudah guna hand mixer.
  9. Masukkan campuran susu dan mentega ke dalam mashed potato tadi dan guna mixer untuk sebatikan semua bahan.
  10. Masukkan sedikit lada sulah dan sedikit garam. Kalau lagi.
  11. Masukkan campuran daging yang telah dimasak tadi ke dalam bekas kaca yang leper(lebihkurang 6'' x 6'') dan tahan panas (oven proof). Ratakan dan mampatkan sedikit.
  12. Kemudian tuangkan campuran ubi kentang ke atas lapisan daging tadi dan ratakan. Sekarang kita ada dua lapisan iaitu lapisan daging di bahagian bawah dan lapisan kentang di bahagian atas.
  13. Sapukan kuning telur di atas lapisan kentang.
  14. Bakarkan dalam oven dengan kepanasan 170 darjah celcius selama 30 - 40 minutes.
  15. Bila masak, bahagian lapisan atas kelihatan kekuningan.

Puding Batik

Bahan2nya:

400 gm biskut marie - dipatah2kan
250 butter
1 cawan gula
5 biji telur - dipukul sedikit
1 tin susu cair
1/4 cawan serbok koko
1/2 cawan milo

Cara membuatnya:
  1. Masukkan butter ke dalam periuk dan dipanaskan di atas api yang kecil sehingga cair.
  2. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut sedikit.
  3. Masukkan telur diikuti dengan susu cair.
  4. Masukkan milo dan serbuk koko dan kacau sebentar
  5. Akhir sekali masukkan biskut marie, kacau sehingga rata dan tutup api.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan tekan sehingga mampat.
  7. Masukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Potong mengikut bentuk yang disukai ketika hendak menghidang.

Kailan goreng dengan ikan kering

Bahan-bahannya

2 ikat kailan - dibersih dan dipotong2 anggaran 1 inci. Asingkan batang dengan daun. Batang dipotong nipis2.
2 ulas bawang putih - dihiris
2 ulas bawang merah - dihiris
sedikit isi ikan kering - dihiris halus
sedikit sambal belacan.

Cara Membuatnya

Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah, masukkan ikan kering. Bila ikan kering agak garing masukkan sambal belacan. Kemudian masukkan batang kailan dan masak hingga layu. Masukkan daun kailan dan kacau sebentar. Berhati bila tambah garam sebab ikan kering tu dah masin...Tutup api dan sedia untuk dihidang bersama nasi putih dan ikan goreng sumbat sambal belacan..


Ikan goreng sumbat sambal belacan

1 ekor ikan bawal - disiang tapi jangan dipotong sebaliknya dibelah di bahagian belakang ikan kemudian di bersihkan dan dilumur garam kunyit.

Penyediaan Sambal Belacan

10 biji cili merah (kalau suka pedas boleh tambah sedikit cili padi) ditumbuk lumat menggunakan lesung batu. Tambah sedikit belacan, air limau nipis atau limau kasturi dan garam secukup rasa.

Sumbatkan sambal belacan yang telah siap ke dalam badan ikan yang dibelah kemudian digoreng ikan itu hingga garing.

>>> Ini masakan kegemaran suami. Ikan sumbat ini di makan bersama nasi putih dan sayur kailan goreng..

Ayam KFC

Bahan-bahan:

Ayam... sukahati lah nak part mana
Garam secukup rasa
Kunyit secukup rasa
2 labu bawang putih ditumbuk sampai lumat
Sedikit lada hitam
1 biji telur dipukul

Caranya:

[1] Gaulkan ayam dengan garam, kunyit, bawang putih dan lada hitam
[2] Perap sekurang-kurangnya 10 minit
[3] Panaskan minyak dalam kuali. Minyak biar banyak agar sampai tutup ayam.
[4] Celupkan ayam ke dalam telur
[5] Golekkan dengan tepung gandum
[6] Goreng ayam sehingga kekuningan

Note: Resepi dari limau nipis (BMC).

Puding Upside Down



Bahan A


1 cawan tepung
2 sudu teh baking powder

**Bahan di atas diayak bersama.

Bahan B

125 g butter
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 tablespoon susu cair

**Butter dan gula dipukul hingga kembang. Masukkan telur satu demi satu. Pukul hingga sebati. Masukkan bahan A dan susu. Kacau hingga rata.

Bahan C

25 g butter
1/4 cawan gula perang

**Butter dicairkan. Masukkan gula dan kacau hingga sebati.

Bahan D

1 tin nenas atau peach

Cara membuatnya

Sediakan loyang bulat berukuran 20cm. Masukkan mixture C ke dalam loyang. Kemudian susunkan nenas/peach di atas mixture C tadi. Kemudian tuangkan mixture B ke atas lapisan nenas/peach. Ratakan. Bakar pada suhu 180^C selama lebihkurang 40 minit. Bila sejuk, keluarkan dari loyang.

Kuih Cara Pedas (berlauk)



Bahan-bahannya:


125gm(1cwn) tepung gandum
250ml(1cwn) pati santan atau susu
1 biji telur
1/4 camt garam

Ayak tepung. Masukkan telur, garam dan santan. Kacau hingga rata kemudian tapis.

Untuk inti:

150 gm daging cincang (udang pun boleh)
1 camb serbuk kari
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
garam secukup rasa
sedikit minyak

Bawang merah dan putih dicincang halus. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air untuk dijadikan paste. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang dicincang tadi hingga garing. Masukkan rempah kari dan masak hingga berbau wangi. Masukkan daging cincang atau udang dan masaklah sehingga kering. Rasa garamnya.

Cara memasak:

Panaskan acuan kuih cara dengan minyak. Apabila telah panas, tuangkan adunan tepung hingga setengah penuh. Bubuh 1 camt inti ke dalam tiap2 acuan itu dan tuang lagi adunan tepung ke dalam acuan-acuan itu hingga tertutup intinya. Tutup acuan dan masak dengan api yang perlahan. Apabila telah masak, cungkil tepinya dengan pencucuk dan angkat dengan cermat. Jika suka boleh hiaskan kuih cara ini sebelum menghidang.

Untuk hiasan

sedikit daun sup - dihiris halus2
sedikit cili merah - dibuang biji dan dicincang halus
sedkit bawang goreng


Sagu Kacau

Bahan-Bahan:

300 gm sagu biji mata ikan
1 cawan gula pasir
½ biji kelapa (yang tidak terlalu tua)
4 cawan air
Sedikit garam
Sedikit pewarna merah
Sehelai daun pandan

Cara memasaknya:

Bersihkan sagu biji kemudian renjiskan dengan sedikit air. Gaulkan rata-rata hingga ia lembab dan kembang. Pastikan sagu biji tidak hancur. Masak gula dengan air hingga larut dan mendidih. Kemudian masukkan pewarna merah dan daun pandan yang telah dicarik-carik dan disimpulkan. Masukkan sagu tadi dan kacau selalu hingga sagu biji menjadi kembang dan jernih. Apabila telah cukup masak dan pekat, angkat dan tuangkan ke dalam loyang. Sementara itu, buangkan kulit ari kelapa dan parut halus. Gaulkan dengan sedikit garam. Setelah kuih tadi sejuk, potonglah mengikut kesukaan dan gaulkan dengan kelapa parut tadi.

Sumber: Sajian Selera Malaysia

Kerutup Ayam


Bahan-Bahan:

1 ekor ayam
1 biji kelapa
½ senduk minyak
1 genggam ketumbar
1 sudu kecil adam manis
10 biji cili kering digiling
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ruas lengkuas dan halia
2.5 sm kayu manis
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
10 sen asam jawa
setengah sudu gula
Sedikit belacan

Cara memasaknya:
  1. Ayam dibersihkan tetapi jangan dipotong-potong, kemudian dibasuh dan toskan airnya.
  2. Ketumbar, adam manis, bawang merah, bawang putih, lengkuas dan halia digiling hingga lumat kemudian digaulkan pada ayam hingga rata.
  3. Asam jawa dicampurkan dengan 1 sudu makan air kemudian diramas ambil airnya dan masukkan ke dalam ayam.
  4. Panaskan minyak di dalam periuk kemudian tumiskan cengkih, kayu manis, buah pelaga serta cili kering sehingga garing.
  5. Sesudah itu masukkan ayam dan tuangkan santan kelapa sehingga cukup tenggelam ayam.
  6. Tambahkan garam, gula serta serbuk perasa secukup rasa kemudian masaklah sehingga kering dan ayam empuk.
  7. Bila telah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Note: Resepi dari majalah Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia

Ayam Masak Lemak



Bahan-bahannya:

1/2 ekor ayam - dipotong ikut suka

4 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah } dikisar sekali
sedikit halia }

1 sudu besar cili giling
1 batang serai - diketuk
2 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
1 mangkuk santan
sedikit kunyit (optional)
1 biji bawang besar - dipotong melintang

Cara memasak:
  1. Masukkan ayam ke dalam periuk. Masukkan bahan yang dikisar, cili giling, serai, asam keping, kunyit dan bawang besar. Gaul rata-rata.
  2. Jerangkan di atas api yang sederhana/kecil. Masukkan santan. Biarkan mendidih
  3. Masukkan kerisik dan masaklah hingga kuahnya pekat dan pecah minyak.
  4. Sebelum tutup api, masukkan garam secukup rasa.

Opor Ayam


Bahan utama:

1/2 ekor ayam

Bahan2 giling:

4 ulas bawang putih }
6 ulas bawang merah } dicampur sekali dan dikisar
sedikit halia }
sedikit lengkuas }
2 batang serai }

Bahan2 rempah:

1 sudu besar serbuk jintan manis }
1 sudu besar serbuk ketumbar } dicampur sekali dan dibancuh dgn sedikit air utk dijadikan paste
1 sudu besar cili giling }

Bahan-bahan lain:

1 cawan santan
1 sudu besar kerisik
sedikit air asam jawa
sedikit gula
garam secukup rasa

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak, tumis bahan giling. Biarkan ia kuning sedikit.
  2. Masukkan bahan rempah. Kacau dan masak sampai naik bau dan pecah minyak. Kalau agak kering, masukkan sedikit air.
  3. Masukkan ayam. Masakkan biar ayam separuh empuk.
  4. Masukkan santan, kerisik, air asam jawa, garam dan gula.
  5. Masak sampai kuahnya pekat dan pecah minyak dengan api yang kecil.
  6. Sebelum tutup api rasalah masin manisnya...Kalau puas hati, bolehla tutup api dan dihidangkan panas-panas..