Nasi Tomato



Bahan-bahan

3 cawan (cawan rice cooker) beras basmati - dibasuh bersih-bersih dan di toskan sehingga kering airnya
3 sudu makan tomato puree } bahan2 ini boleh ditambah atau dikurangkan
1 senduk kecil tomato soup } mengikut selera kita
sedikit minyak sapi
sedikit minyak masak
sedikit daun pudina
sedikit garam

Bahan-bahan dikisar - campur semua sekali dan blend

5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah
sedikit halia

Bahan-bahan tumis

sedikit buah pelaga
sedikit kulit kayu manis
sedikit bunga lawang
sedikit bunga cengkih

Bahan-bahan hiris

Sebiji bawang besar
Cara memasak
  1. Beras yang telah ditoskan tadi dimasukkan ke dalam rice cooker.
  2. Panaskan minyak sapi dan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan tumis dan bahan hiris. Bila telah kuning, masukkan bahan kisar. Tumis sampai naik bau.
  3. Masukkan tomato puree dan tomato soup. Kacau sampai naik minyak.
  4. Masukkan 5-6 cawan air (cawan rice cooker) dan biarkan ia mendidih.
  5. Bila telah mendidih, masukkan garam dan daun pudina.
  6. Masukkan bahan yang mendidih ini ke dalam rice cooker yang mengandungi beras.
  7. Masaklah seperti biasa.
  8. Bila telah masak, kacau supaya warna merahnya sekata.

Note: Ini cara orang malas buat nasik tomato..Kalau suka boleh guna air rebusan daging untuk gantikan air biasa. Ada jugak yang gunakan sedikit santan atau susu tapi saya selalunya guna air biasa saja (untuk kurangkan lemak dan kolesterol). Minyak sapi pun kadang2 tak guna sebab high kolesterol.

0 comments: