Kuih Cara Pedas (berlauk)



Bahan-bahannya:


125gm(1cwn) tepung gandum
250ml(1cwn) pati santan atau susu
1 biji telur
1/4 camt garam

Ayak tepung. Masukkan telur, garam dan santan. Kacau hingga rata kemudian tapis.

Untuk inti:

150 gm daging cincang (udang pun boleh)
1 camb serbuk kari
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
garam secukup rasa
sedikit minyak

Bawang merah dan putih dicincang halus. Bancuhkan serbuk kari dengan sedikit air untuk dijadikan paste. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang merah dan putih yang dicincang tadi hingga garing. Masukkan rempah kari dan masak hingga berbau wangi. Masukkan daging cincang atau udang dan masaklah sehingga kering. Rasa garamnya.

Cara memasak:

Panaskan acuan kuih cara dengan minyak. Apabila telah panas, tuangkan adunan tepung hingga setengah penuh. Bubuh 1 camt inti ke dalam tiap2 acuan itu dan tuang lagi adunan tepung ke dalam acuan-acuan itu hingga tertutup intinya. Tutup acuan dan masak dengan api yang perlahan. Apabila telah masak, cungkil tepinya dengan pencucuk dan angkat dengan cermat. Jika suka boleh hiaskan kuih cara ini sebelum menghidang.

Untuk hiasan

sedikit daun sup - dihiris halus2
sedikit cili merah - dibuang biji dan dicincang halus
sedkit bawang goreng


0 comments: