If you think well, you cook well...

Ikan goreng sumbat sambal belacan

1 ekor ikan bawal - disiang tapi jangan dipotong sebaliknya dibelah di bahagian belakang ikan kemudian di bersihkan dan dilumur garam kunyit.

Penyediaan Sambal Belacan

10 biji cili merah (kalau suka pedas boleh tambah sedikit cili padi) ditumbuk lumat menggunakan lesung batu. Tambah sedikit belacan, air limau nipis atau limau kasturi dan garam secukup rasa.

Sumbatkan sambal belacan yang telah siap ke dalam badan ikan yang dibelah kemudian digoreng ikan itu hingga garing.

>>> Ini masakan kegemaran suami. Ikan sumbat ini di makan bersama nasi putih dan sayur kailan goreng..
Share:

1 comment:

μάγά said...

nie juga masakan kegemaran sahabat maYa... biasanya ikan sumbat nie org kelantan.. tp di sini(penang) they all jual lain sikit..