If you think well, you cook well...

Daging Goreng Kunyit Berlada


Bahan-bahan:
1/2kg daging
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 biji cili merah - dipotong menyerong
Kicap secukupnya
1 biji limau kasturi (perah ambil jusnya)


Bahan kisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit
10 biji cili padi

Bahan tumis
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunya cengkih
3 biji buah pelaga

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dalam periuk Noxxa
  2. Tumis bahan tumis dan bahan kisar sehingga naik minyak
  3. Masukkan daging dan sedikit air. Kacau rata-rata. Kemudian tutup periuk Noxxa dan set "Pressure Cook" selama 20 minit.
  4. Cukup 20 minit, lepaskan pressure kemudian set "Stir Fry"
  5. Masukkan kicap dan masak sehingga kuahnya kering sedikit. Sentiasalah kacau supaya tidak hangit.
  6. Akhir sekali masukkan bawang besar dan cili merah serta jus limau kasturi. Kacau sekejap kemudian boleh switch off periuk.



Share:

Chicken Popcorn



Bahan-bahan:
300 gm isi ayam - dibersih dan dikeringkan  betul-betul kemudian dipotong kecil-kecil
1 sudu kecil serbuk cili - kalau suka pedas, boleh tambah
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
1/2 sudu kecil serbuk halia
1/2 sudu kecil serbuk oregano
1/2 sudu kecil garam masala
1 atau 2  biji telur
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan breadcrumb
Garam secukup rasa
Minyak secukupnya untuk deep fry

Cara memasak:
Gaul ayam dengan semua bahan di atas kecuali minyak dan breadcrumb. Panaskan minyak.  Sementara itu masukkan breadcrumb dan kacau rata-rata. Masukkan satu persatu ayam yang bersalut tadi ke dalam minyak yang telah cukup panas. Goreng sehingga kekuningan. Balik-balikkan ayam supaya rata kuningnya.




Share:

Masak Asam Ikan Tenggiri



Bahan-bahan:
4 keping ikan tenggiri - dicuci dan dilumur dengan garam kunyit kemudian digoreng tapi jangan terlalu garing
2 biji bawang besar - dipotong bulat
4 ulas bawang putih - dipotong halus
1 biji cili hijau - dipotong menyerong
1 biji cili merah - dipotong menyerong
1 inci halia - dipotong nipis
1 batang serai - dipotong halus atau boleh juga dititik
1 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
  1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang besar, cili hijau, cili merah, halia, bawang putih dan serai.
  2. Apabila bawang telah layu, masukkan air asam jawa dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan ikan dan kacau sehingga rata. Biarkan mendidih seketika.
  4. Masukkan garam dan gula secukupnya kemudian tutup api.




Share: